Friday, December 9, 2011

Zahid mengelak lagi dari menyelam bersama Kapal Selam...



Ini adalah kali kedua Zahid Hamidi menolak untuk menyelam bersama dengan Kapal Selam Malaysia, Pertama kali dulu beliau memberikan alasan kononnya beliau telah dinasihati (oleh siapa entahlah) agar tidak bersama cubaan menyelam kapal selam yang baru diperbaiki kerana masaalah mekanikal yang menyebabkannya tidak boleh menyelam.


Zahid telah mengelak dari turut serta dalam cubaan menyelam setelah kapal selam Malaysia yang pertama iaitu KD Tunku Abdul Rahman ataupun dikenali juga sebagai KD Altantuya I telah dibaiki dan boleh beroperasi sepenuhnya pada sekitar Februari 2010 lalu. – sila baca di ( SINI )

Hari ini pula Zahid memberikan alasan kononnya beliau ada urusan lain untuk mengelak dari turut menyelam menggunakan Kapal Selam bersama Guan Eng yang telah menyahut cabaran untuk menyelam bersama Kapal Selam itu oleh Zahid..

Guan Eng telah menyahut cabaran untuk menyelam bersama Kapal Selam itu semalam. Sila baca di ( SINI )

Tapi... kenapa mereka dibawa menyelam dengan menggunakan kapal selam KD Tun Razak sedangkan yang dilaporkan rosak dan tidak boleh menyelam itu ialah KD Tunku Abdul Rahman?? lihat laporan di ( SINI )

Alahai... kesian kat KM dan TKM-TKM negeri aku.. diperbodohkan Zahid Hamidi rupanya..


*****************************************

Zahid tak ikut Guan Eng menyelam dengan Scorpene

Hanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - akan dibenar menaiki kapal selam Scorpene hari ini.

Bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan menyertai mereka.

Ketika ditemui di Lapangan Terbang Langkawi pada kira-kira jam 2.30 petang, Zahid mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri."

Apabila sama ada taklimat akan diberi kemudian selepas mereka menaiki Scorpene, Zahid secara bergurau berkata, "Mereka pasti balik," sambil memeluk Lim, menyebabkan hadirin di situ ketawa melihatnya.

Ketika bercakap kepada pemberita sebelum itu, Zahid berkata ia bertujuan untuk membolehkan pihak pembangkang menyaksikan keadaan kapal selam tersebut.

"Kami lakukan ini untuk DAP dan PKR sekarang. Jika PAS mahu melawat, kami akan atur (untuk mereka)".

Zahid telah mengatur lawatan tersebut untuk pembangkang melihat sendiri bahawa kapal selam KD Tun Razak itu mampu menyelam.

Sementara pembantu Lim - Lim Kim Fei dan pengawal peribadinya, Azmi Kechik - tidak dibenar mengiringi ketiga-tiga mereka.

Lim dan dua timbalannya akan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada jam 1.30 tengahari dan pada jam 2 petang, sebuah helikopter akan menerbangkan mereka ke lokasinya.

Delegasi Lim dijangka kembali di Hotel Awana Porto Malai pada jam 4 petang.

Mereka kemudiannya akan menghadiri demonstrasi maritim dan lawatan ke pameran statik kapal perang.

Sementara itu, wartawan yang membuat liputan, dibawa dalam perjalanan selama lima jam, ke sebuah kapal di perairan Kuala Perlis untuk menyaksikannya.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails