Sunday, December 18, 2011

Turun Bendera Najib, Saifuddin mula dimaki hamun Blogger UMNO..



Petikan di bawah ini adalah antara blog pencacai umno yang mula memainkan isu 'turun gambar presiden' hingga sanggup memaki-hamun pemimpin mereka sendiri (Dato' Saifuddin Abdullah - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi). Tak perlulah disebut atau disediakan pautan ke blog pencacai berkenaan...


BENDERA yang memaparkan gambar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak diturunkan. Satu tindakan paling biadap dan kurang ajar dilakukan oleh palajar-pelajar yang menggelarkan diri mereka BEBAS. Apa ahli UMNO dan orang UMNO buat?Presiden mereka dihina sedemikan rupa?Bacul sangatkah hingga biarkan sahaja bendera yang menjadi lambang institusi KePresidenan parti iini dibiarkan dipijak maruahnya oleh anak-anak haram ini.

Di mana kejantanan Pemuda UMNO Malaysia?Pelajar yang biadap,kurang ajar boleh menceroboh masuk di Aras 4 Bangunan UMNO takkan mahU dibiarkan begitu sahaja?Dasar pelajar bangsat ini sebegini bukan boleh dibiarkan dan apa kena mengena AUKU dengan UMNO?Jelas mereka ini adalah pelajar yang tidak mengenang budi dan tidak patut dibiarkan hidup.

Mana suara Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden,Ketua Wanita,Ketua Pemuda,Ketua Puteri?Baculkah semuanya? Tidak cukup menurunkan bendera yang berlatarbelakangkan gambar PM Najib, puak-puak bangsat ini melaungkan supaya Najib letak jawatan.Ini tidak semudah mereka lakukan kalau tidak ada dalangnya.

Haramjadah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini yang dilihat seperti bersekongkoi dengan anak-anak bangsat ini.Terrsenyum bagaikan pemimpin yang paling celaka yang pernah UMNO lahirkan. Presidennya dihina sedemikan rupa tapi beliau boleh tersenyum macam sial menerima memorandum anak-anak haram ini.

Presiden dihina tapi Saifuddin boleh senyum...

Kenapa Saifuddin jadi bangsat seperti pelajar-pelajar bangsat ini?Siapa yang bagi mereka jalan ataupun buka pintu untuk masuk ke dalam rumah UMNO dan menghina sedemikan rupa?Saifuddinkah talibarutnya?

Kita cabar kepimpinan UMNO di semua peringkat.Kalau tidak ada tindakan,mereka semua tidak layak untuk jadi pemimpin UMNO dan menjaga maruah UMNO.Dan kepada Saifuddin,jelaslah kamu pun sama bangsatnya dengan pelajar-pelajar itu.

******************************************

AUKU: Saifuddin mahu maklumat perinci insiden turun gambar Najib di PWTC



KUALA LUMPUR, 17 Dis — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mahu mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak-pihak terbabit berhubung dakwaan bahawa gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC diturunkan oleh peserta demonstrasi membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) petang tadi.


“Insiden turun naik bendera gambar DSN (Datuk Seri Najib Razak) di PWTC petang tadi. Saya telah hubungi penganjur minta keterangan. Saya juga hubungi pihak PWTC,” kata Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, menerusi mesej Twitter malam ini.

ASPIRASI mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai BEBAS.

Berarak dan berhimpun menganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.

Sekitar 100 mahasiswa universiti awam tempatan mengadakan demonstrasi di ibu negara kira-kira 2 petang dan menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti teras BN itu.

Dalam pada itu, akaun Twitter @MahasiswaMsia dengan merujuk kepada isu Himpunan Bebas berkata, “sejarah tercipta! Demonstrasi hingga ke bangunan Umno di PWTC dan sejarah itu dicipta oleh Mahasiswa! Bangkit Mahasiswa!”

Mesej susulannya berbunyi, “17 Disember '11 — hari bersejarah negara.”

Katanya, mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.

Bagaiamanpun mesej akaun seterusnya memaklumkan Saifuddin bahawa kejadian itu memang bukan sesuatu yang dirancang.

“Insiden ini bukan perancangan kami, di luar kawalan.


Bendera Najib sedang diturunkan..

“Isu turun bendera gambar DS @NajibRazak Ia di luar kawalan penganjur. Koalasi Bebas pandang serius dan akan bincang perkara ini,” kata dua mesej yang menyusul sekitar 9 malam tadi.

Maklumat yang diperoleh dari akaun yang sama memaklumkan Saifuddin bahawa “ketua demo (demonstrasi petang) tadi Safwan Anang, kami akan bincangkn isu turun gambar DSN (Najib)ini secara serius malam ini juga.”

Sementara itu Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin menerusi mesej Twitternya membalas @MahasiswaMsia menulis, “Terus bangkit!”

Bagaimanapun tindakan mereka mendapat bantahan dan dikecam ahli-ahli dan pemimpin Umno. Bekas ketua sayap muda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, yang juga pemimpin Pemuda Umno PJ Utara, dalam kenyataan yang dikongsi berkata,

Aspirasi mengecam tindakan yang tidak matang dan memalukan oleh kumpulan pelampau mahasiswa yang mengelarkan diri mereka sebagai Bebas.

“Berarak dan berhimpun mengganggu kententetaman awam. Menjatuhkan maruah dan keintelekualan seluruh mahasiswa.

Apa yang menyedihkan lagi, kerenah pelampau ini dilayan oleh YB Datuk Saifudin Abdullah, umpama mereka ini diiktiraf!

“Pihak kerajaan mesti berhati-hati dalam tindakan sebegini.

Aspirasi kecewa apabila mahasiswa ini tidak mengenang budi sehingga sanggup menurunkan bendera YAB PM dan mendesak YAB Dato Seri Mohd Najib letak jawatan!” kata kenyataan itu.

Aspirasi merupakan antara beberapa kumpulan pelajar berpengaruh di pusat pengajian tinggi awam tempatan.

Safwan ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pagi esok untuk membincangkan isu terbaru ini.

“Kami akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas mesyuarat esok,” katanya lagi.


Bendera Najib dinaikkan semula..


Berita dari The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails