Tuesday, December 27, 2011

Tekun : Pemohon diusir kerana tidak kenal Ketua Cawangan UMNO


Seorang rakyat marhaen yang ingin membuat pinjaman dari Tekun untuk mengubah hidup,telah diperlekehkan oleh seorang pemimpin UMNO dihadapan orang ramai...


Pemohon tersebut Abdul Naaim bin Azaddin,48 tahun telah "diarah balik" oleh Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Mohd Suhaimi bin Abdullah...

Pemohon itu "disuruh balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..

Mungkin jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerai sudah cukup tinggi untuk "menghalau balik" rakyat miskin yang datang untuk meminta bantuan..

Bantuan yang diperlukan dari Ketua UMNO Jerai itu hanyalah "sebuah" tandatangan..
bukan datang nak minta wang pun dari pemimpin UMNO tersebut..

Tetapi hanyalah tandatangan bagi mengisi ruang "sokongan" yang ada di dalam borang pinjaman Tekun tersebut..

Oleh kerana malu dengan insiden dimalukan dan diperlekehkan dihadapan orang ramai,pemohon tersebut telah pun membuat laporan polis..


Pemohon itu "diarah balik" oleh pemimpin Ketua UMNO bahagian Jerai tersebut hanya kerana pemohon tidak mengenali nama-nama pemimpin UMNO di Cawangan Gurun (kawasan pemohon)..

Apakah ada syarat sedemikian di dalam syarat-syarat permohonan Tekun..?

Sila lihat syarat-syaratnya di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails