Wednesday, December 28, 2011

Siapa aniaya CheguBard ni?



Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong.


Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK.

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.

Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan.

Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain.

Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011

Sila sambung bacaan anda di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails