Thursday, December 1, 2011

Shaik Hussein!.. Biar berkulit hitam, asal Hati jangan Hitam.


Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin

Dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lepas, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin telah melabelkan PAS dan PKR sebagai bapok dan pondan manakala semua penyokong DAP sebagai bangsat.


Photobucket

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu juga telah memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang bila menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu.

Anak Mamak Tongkang ini mungkin boleh menipu orang-orang Melayu dari luar Pulau Pinang dengan fitnahnya itu, tetapi orang-orang Pulau Pinang kecuali pencacai UMNO tidak boleh ditipu..

Perarakan Maulidul Rasul telah diadakan setiap tahun di Pulau Pinang sejak diperintah oleh Pakatan Rakyat .. sila lihat di SINI, SINI dan juga di SINI ,tetapi dikatakan tidak dibenarkan diadakan oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang.

Mungkin ketika beliau masih tidur ketika perarakan tersebut diadakan, oleh itu beliau tidak sedar akan adanya perarakan tersebut atau hati beliau terlalu gelap atau hitam untuk melihat apa yang telah berlaku..

Diungkapkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a, "Ada empat perkara yang menyebabkan hati menjadi gelap iaitu :-

•Perut yang selalu kekenyangan
•Bergaul dengan orang yang zalim
•Melupakan dosa yang lalu
•Angan-angan yang melambung.

Bagi aku… Biar berkulit hitam, asal hati jangan hitam..


******************************************

Kenyataan Akhbar

Serangan UMNO Ke Atas Sasaran Mudah Seperti Kristian, Cina, S. Ambiga, DAP Dan Juga Penyokong DAP Merupakan Tindakan Terdesak Untuk Mengalih Perhatian Umum Daripada Kegagalan UMNO Untuk Menangani Masalah Sebenar Seperti Rasuah, Kronisme Dan Penyalahgunaan Kuasa.

Nyata semua ibu bapa di Malaysia akan berasa jijik dengan bahasa yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO. Jelas perbuatan mereka mencerminkan cara pemikiran UMNO yang bukan sahaja ketandusan modal tetapi dipenuhi dengan fitnah, kebencian, permusuhan dan ketakutan. Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin adalah antara yang paling lantang sekali dengan kenyataannya bahawa PAS dan PKR sudah menjadi bapok dan pondan, di samping melabelkan semua penyokong DAP sebagai bangsat.

Untuk menyokong dakwaannya, Shaik menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membenarkan perarakan tahunan Maulidur Rasul serta mensasarkan tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu. Kedua-dua dakwaan ini adalah fitnah semata-mata. Statistik menunjukkan bahawa daripada semua tindakan penguatkuasaan majlis terhadap peniaga-peniaga, 70% daripada tindakan di Pulau dan 85% di Seberang Perai telah diambil ke atas peniaga-peniaga bukan Melayu. Shaik juga mungkin dapat menipu rakyat dari luar Pulau Pinang, tetapi warga Muslim di Pulau Pinang semua tahu bahawa perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang bukan sahaja dibenarkan tetapi disambut dengan lebih meriah sekali oleh Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dengan sikap tidak mempedulikan pilihan demokratik pengundi, Shaik telah berakhir dengan saranan supaya UMNO mengembalikan dominasi Melayu di Pulau Pinang. Sekali lagi, UMNO telah menunjukkan belang sebenarnya bahawa kuasa rakyat tidak penting dan 1Malaysia itu hanya slogan kosong untuk menipu rakyat Malaysia untuk menyokong BN dan UMNO.

Seorang rakan NGO telah memberitahu saya, serangan ganas UMNO di persada kebangsaan ini jelas menunjukkan bahawa kempen pilihan raya mereka tidak akan berdasarkan pertandingan idea tetapi satu perlumbaan berdasarkan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor. Mungkin aksi memalukan oleh wakil pemuda ini adalah gara-gara perangai Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang telah memangsakan anak saya yang berumur 15 tahun dengan “tweet”nya yang berbunyi: “Mungkin di roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada”, yang bertujuan untuk memfitnah anak saya bahawa kononnya dia telah mencabul rakan sekolahnya dan saya telah membayar RM200,000 sebagai sogokan untuk menutup skandal itu.

Penggunaan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor sebenarnya adalah untuk menyembunyikan kekurangan dan ketakutan UMNO. Bermula dengan Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dan diekori oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin dengan ucapan jihadnya, serangan-serangan ke atas sasaran mudah seperti Kristian, Cina, Pengerusi Bersih S. Ambiga, DAP dan juga penyokong DAP adalah satu tindakan terdesak untuk mengalih perhatian umum daripada kegagalan UMNO untuk menangani masalah-masalah sebenar seperti rasuah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa.

Langsung pula tidak disebut tentang skandal lembu dan kondo yang membabitkan keluarga seorang Menteri Persekutuan. Soalan patut ditanya kenapa pakcik biasa di kampung tidak pernah diberi peluang yang serupa? Tidak pula disoal kenapa duit daripada pinjaman RM250 juta boleh diberi dua tahun sebelum perjanjian ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Semua hanya ingin menutup skandal di mana duit yang sepatutnya digunakan untuk penternakan lembu telah digunakan untuk membeli bukan sebuah tetapi dua buah kondominium mewah.

DAP tidak akan bertindak balas terhadap dasar perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor UMNO. DAP akan menumpukan perhatian terhadap reformasi pilihan raya, melawan rasuah melalui kepimpinan berintegriti, memupuk keadilan untuk semua dengan mendaulatkan undang-undang, menjunjung demokrasi dan hak asasi serta menggalakkan tatakelola pentadbiran yang baik berdasarkan kecekapan, kebertanggungjawapan dan ketelusan.

Prestasi 4 negeri Pakatan Rakyat adalah bukti yang paling jelas. Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bukan sahaja sudah menjadi lebih bersih, hijau dan selamat, malah ekonomi pun telah bertumbuh. Pelaburan di keempat-empat negeri PR ini berjumlah 53% daripada jumlah pelaburan negara untuk tahun 2010, jauh melebihi pelaburan di 10 negeri BN.

Saya menggesa supaya penyokong DAP tidak bertindak keterlaluan dan tidak terganggu oleh provokasi dangkal lagi bebal daripada UMNO. Biar rakyat Malaysia yang menentukan nasib PR dan juga DAP berdasarkan prestasi, prinsip, dan idealisme, dan bukan berdasarkan keupayaan untuk menggunakan isu-isu perkauman, seks, fitnah dan bahasa kotor.


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 1.12.2011

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails