Thursday, December 1, 2011

Shahrizat dah tak mahu selak kain...



Petang semalam selepas Shahrizat dengan muka yang garang menyingsing lengan menyerang Zuraida, Rafizi dan Saifuddin serta memberikan amaran keras kepada mereka dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO pada sebelah paginya, Rafizi dan KeAdilan telah mendedahkan tiga penyelewengan dana oleh NFC yang seterusnya..


Dalam ucapannya pada sebelah pagi Shahrizat berkata "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Tiga penyelewengan yang didedahkan itu ialah membeli Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.00, membeli dua bidang tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507.00 dan juga melancong ke Indonesia dan Thailand berjumlah RM455,423.00.

Rafizi juga berkata “Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Hari ini apabila ditanya oleh wartawan mengenai pendedahan tersebut Shahrizat hanya mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Mungkin kerana beliau tak mahu kainnya diselak kot.. maka beliau memilih untuk mendiamkan diri…


******************************************

Shahrizat tak mahu jawab soalan projek lembu

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan (NFC) - sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam pengkritiknya berhubung isu tersebut.

Dalam satu sidang akhbar hari ini selepas ucapan dasar Presiden
Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan agung parti itu, Shahrizat ditanya sama ada beliau turut terbabit dalam keputusan kabinet meluluskan projek NFC.

Shahrizat mengangkat keningnya, menggelengkan sedikit kepalanya serta menggerakkan tangan kanannya tanda beliau tidak mahu menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Shahrizat bercakap menyentuh ucapan dasar Najib dan tergesa-gesa meninggalkan sidang akhbar, tanpa menjawab soalan seterusnya dari pihak media.

Semalam, Shahrizat mengecam mereka yang menyerangnya dan keluarganya berhubung projek NFC, yang dibangkitkan dalam Laporan 2010 Ketua Audit Negara.

Projek tersebut telah diberikan kepada syarikat milik keluarga Shahrizat pada tahun 2007 sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Shahrizat merupakan seorang menteri kabinet.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung Wanita Umno semalam, Shahrizat berkata beliau tidak ada kaitan dengan projek NFC itu.

Pengkritiknya, terutamanya PKR, mendakwa NFC menyalahgunakan pinjaman RM250 juta, dengan membeli kondominium mewah dan membiayai perjalanan ke luar negara.

Hanya beberapa jam selepas itu, PKR membuat tuduhan terbaru terhadap NFC, dengan mendakwa syarikat itu menyalahgunakan dana untuk membeli tanah di pusat pentadbiran Putrajaya dan sebuah kereta mewah.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails