Friday, December 9, 2011

Scandal Fidlot : Sekali lagi Shahrizat diingatkan oleh Mahathir.



Kali pertama ialah semasa di Ipoh dimana ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.


Tun Mahathir turut berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Dan hari ini pula..

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan memoirnya "A Doctor in the House" versi e-book, Dr Mahathir berkata adalah lebih baik berhenti daripada dihalau.

Dengan memberi contoh persaraannya, Dr Mahathir berkata beliau mengambil keputusan untuk berhenti tanpa perlu menunggu orang lain memintanya berbuat demikian.

"Bila saya nak berenti saya tak tanya siapa pun, saya fikir elok saya berhenti, saya berhenti".

"Saya harap orang lain pun macam itu, tak payah nak tunggu sampai orang halau saya.

"Kalau kita berasa perlu berhenti kerana parti, kita berhenti, kalau ingin sumbang, kita bertanding," tegas Dr Mahathir lagi.

Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails