Sunday, December 11, 2011

Sembang Rakyat ditaja ole UMNO?



Sekitar Ogos lalu, Satu videoclip dengan tajuk “Sembang Rakyat – Kedai 1 Malaysia” telah dimuat naik ke dalam Youtube.


Dalam klip video tersebut DAP didakwa bersekongkol dengan ahli-ahli peniaga Cina untuk menaikkan harga barang di negara ini demi menimbulkan rasa kemarahan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Berikutan dengan penipuan dan fitnah ke atas DAP ini yang bukan sahaja langsung tidak berasas tetapi berniat jahat serta berunsur hasutan DAP telah mengecam keras sebaran video tersebut.

Laporan polis juga telah dibuat pada 8 Ogos dan telah diikuti dengan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dengan harapan pihak berkuasa akan mengambil tindakan menyiasat dengan segera serta tindakan susulan yang sewajarnya diambil ke atas penerbit dan penyebar klip video tersebut supaya tidak berlaku kekeliruan dan kesalahfahaman antara kaum di negara ini.

Malangnya… hari berganti hari dan bulan berganti bulan.. apa yang diharapkan hanya tinggal harapan..

Kenapa agaknya?

Jika diperhatikan kualiti dan barisan pelakon yang terlibat serta cara penerbitan drama ini dibuat terbukti bukan sedikit peruntukan dan peruntukan yang digunakan.

Sudah tentulah ia memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin seseorang yang menyokong UMNO akan menyusahkan diri dia dengan menerbitkan drama2 pendek sebegini melainkan ia taja oleh seseorang yang berkepentingan dan berkuasa dalam umno.

Ini kerana setiap drama pendek yang dia terbitkan, ia memuji UMNO/BN dan menfitnah Pakatan Rakyat contohnya seperti video dibawah ini..



Apakah memang benar ianya ditaja oleh UMNO?

Saksikan pendedahan oleh Hanief dari Malaysianews ini..



Pendedahan lebih terperinci sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails