Wednesday, December 28, 2011

Salahguna Wang Zakat : Amil ini direman.. Jamil Khir kenapa tidak?


Berita yang dipaparkan dibawah ini ialah laporan tentang seorang amil, Redzuan Mohd Said yang telah diburu oleh pihak Polis kerana menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah RM18,000 pada Ogos lalu.


Disebabkan malu wajahnya disiarkan di akhbar, Ridzuan yang juga merupakan seorang bekas Imam disebuah Masjid di Kulaijaya akhirnya telah menyerah diri kepada Polis bagi membantu kes penipuan wang zakat itu dan kemudiannya ditahan reman untuk membantu siasatan.

Redzuan yang kemudiannya memulangkan wang tersebut telah dihukum empat tahun penjara dan tiga sebatan atas kesalahannya itu.

Itu situasi yang dihadapi oleh rakyat marhaen yang menyalahgunakan atau melarikan wang zakat..

Namun situasinya amat berbeza dengan seorang pemimpin dari UMNO yang telah disahkan menyalahguna wang zakat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan juga Ketua Audit Negara (lihat dokumen di SINI)

Jangan kata hendak diburu.. disentuhpun tidak!

Tak perlu dihebahkan oleh media dimana tempat tinggal dan bagaimanakah rupanya, namun hingga kini tiada tindakan yang dikenakan terhadapnya..

Walaupun aku bukan penyokong Yahudi.. tapi aku kagum dengan ayat dari pemimpin Yahudi ini..

“There are no two states of Israel, just one state,’’ kata Shimon Peres, pengganti Katsav’s sebagai Presiden. “There are no two kinds of citizens here. . . . All are equal in the eyes of the law.’’

So.. There are no two states of Malaysia, just 1Malaysia.. but are we have two kinds of citizens and law here?

Berita berkaitan..

Amil diburu polis
Oleh Siti Nadirah Hafidzin
nadirah@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila seorang amil yang dilantik Majlis Agama
Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk membuat kutipan zakat di sekitar bandar Kulai
dekat sini, menghilangkan diri dengan membawa wang kutipan zakat berjumlah
RM18,000 pada Ogos lalu.

Suspek, Redzuan Mohd Said, 28, yang beralamat terakhir di No. 5506, Jalan Matahari 34/8, Taman Indahpura, Kulai, dikehendaki polis bagi membantu siasatan berkaitan kes melarikan wang terbabit.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Johor, Superintendan Mohd Luthfi Ismail Abdullah berkata, pihaknya masih mengesan suspek selepas menerima laporan daripada MAINJ berkaitan perkara itu.

“Redzuan yang memiliki MyKad 830803-01-5859 dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara setahun hingga 10 tahun, denda dan sebatan.

“Suspek menghilangkan diri selepas mengutip wang zakat untuk tempoh sebulan di bandar berkenaan, keluarganya juga tidak tahu di mana lelaki itu berada,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Redzuan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Kulaijaya, Asisten Superintendan Lydia Mastura Alias di talian 019-2216766 atau 07-6632222 sambungan 6436 atau balai polis berhampiran - Harian Metro


Dan hukumannya..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails