Tuesday, December 6, 2011

Rosmah mula campur tangan dalam skandal NFC?



KUALA LUMPUR: Tindakan Datin Seri Rosmah Mansor mengarahkan wanita Umno menjawab apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap’pemimpin BN’ membuktikan bermulanya campur tangan isteri Datuk Seri Najib Razak itu dalam skandal projek lembu.


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ‘amaran’ Rosmah itu juga bukti kegagalan pentadbiran Najib menjawab skandal itu.

“Kalau sampai Rosmah campur tangan dalam sesuatu itu, membuktikan betapa skandal lembu NFC ini bakal menumbangkan Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Ini juga membuktikan betapa lemahnya Najib dalam menguruskan skandal penyelewengan wang rakyat,” katanya kepada Keadilandaily.com

Rosmah walaupun hanyalah isteri Perdana Menteri, namun diberi ruang menyampaikan ucapan penting dihadapan Skuad Sayang Wanita Umno pada 28 November lalu seperti dilaporkan Bernama.

Mengikut laporan itu, Rosmah menggesa wanita Umno mematahkan apa yang didakwanya sebagai ‘fitnah pembangkang’ terhadap ‘pemimpin BN’.

Selepas ‘amaran’ itu, Shahrizat buat pertama kalinya menjawab skandal projek Lembu kononnya tiada kaitan dengannya semasa berucap pada perhimpunan Agung Umno.

Sebelum ini, Shahrizat berusaha mengelak menjawab skandal itu termasuklah ponteng dari menghadiri sidang Parlimen selepas ianya didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 awal Oktober lalu.

Projek Lembu yang diusahakan syarikat NFC mendapat ‘pinjaman mudah’ dari kerajaan RM250 juta antara 2008 hingga 2009 dan dilulus oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Malah, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli turut menemui bukti pinjaman hasil wang rakyat itu diseleweng demi kepentingan peribadi Sharizat dan keluarganya termasuk membeli dua Kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Pembelian itu turut disahkan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dalam sidang media baru-baru ini.

Terbaru, NFC didedah membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Rafizi menegaskan, pinjaman RM250 juta itu akhirnya akan dilupus kerajaan sebagaimana berlaku pada skandal Perwaja Steel kerana projek itu terus mencatatkan kerugian.

“Bagi tahun-tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7juta pada 2008 dan RM11 juta pada 2009,” kata Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid, dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mendedahkan RM250 juta yang diberi kepada NFC disalur sepenuhnya antara 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian antara kerajaan dengan syarikat itu hanya dibuat pada 2010.

http://www.keadilandaily.com/?p=24072

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails