Thursday, December 15, 2011

RBF (Ruang Bicara Faisal) ke ni?.. Sihatnya dia....



Tulis seorang sahabat yang kini telah menjadi celebrity, lelaki di dalam gambar di atas adalah Blogger Pro UMNO iaitu pemilik Blog RBF Online, Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi yang kini sedang berhadapan dengan saman dari Husam Musa kerana fitnah.


Untuk pengetahuan, pemilik Blog RBF Online (Ruang Bicara Faisal) telah disaman oleh Husam Musa kerana menulis dan menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah terhadap Husam dalam blog ruangbicarafaisal.blogspot.com pada 3 Oktober 2009 bertajuk bertajuk “Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta.”

Perbicaraan sedang berlangsung kini.

Semalam Muhammad Faizal bin Rohban Ahmad bin Syamsyi telah menafikan bahawa beliau adalah pemilik Blog tersebut .. biasalah pencacai UMNO.. dah berak tengah jalan mana nak mengaku punya..

Sahabat atau Celebriti tersebut telah menjawab artikel dari Blog Pro UMNO yang bertajuk “Husam Dayus”.

Blog Pro UMNO menyifatkan Datuk Husam Musa yang juga Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan sebagai dayus dan penakut kerana secara tiba-tiba menukar peguam ketika perbicaraan kes samannya terhadap Mohd. Faisal Rohban Ahmad masuk ke fasa pembelaan,

Dalam kes berkenaan, Pendakwa (Husam) menggunakan khidmat 2 orang peguam iaitu Hisham Fauzi dan juga Zainal Abidin, jadi tidak timbul isu "Husam mohon untuk menukar peguam" semasa perbicaraan berlangsung seperti yang dilapor portal pro UMNO/BN tersebut menurut celebrity itu - sepenuhnya sila klik di link diakhir entry.

Dalam perbicaraan tersebut juga, pihak Pendakwa tidak ada dan tidak pernah memohon untuk menukar peguam, jauh sekali membuat permohonan untuk menangguhkan kes.

Berbalik kepada gambar di atas.. besar-besar rupa-rupanya Blogger Belaan UMNO ni.. selain dari RBF ini, Ikon Arak 1Malaysia si Parpukari dan BigDog juga besar saiz badannya… kenapa agaknya?

Baca laporan atau jawapan Celebrity tersebut di ( SINI )

Kenapa aku panggil beliau sebagai Celebrity sila lihat di ( SINI )

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails