Wednesday, December 7, 2011

Rasuah Alstom : Kerana ianya melibatkan Pemimpin UMNO, tak perlu disiasat?




Fakta yang menarik untuk direnungkan bersama dalam isu rasuah untuk mendapatkan projek yang melibatkan Firma Alstom dari Perancis ini ialah pejabat peguam negara Switzerland telah mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.


Tetapi pihak yang dituduh sebagai penerima rasuah di Malaysia iaiti bekas MB Perlis yang sudah tentunya dari UMNO, menafikan beliau telah menerima rasuah tersebut..sila baca di ( SINI )

Oleh itu apabila beliau telah menafikan telah menerima rasuah itu secara terbuka, tiada siasatan dilakukan terhadapnya kerana beliau telah menafikan secara terbuka dan juga kerana beliau adalah pemimpin UMNO..

Adakah pemimpin-pemimpin UMNO dikecualikan dari tindakan undang-undang?

Alstom telah didapati bersalah kerana merasuah untuk mendapatkan projek.. tetapi pemimpin yang dikatakan telah diberikan rasuah itu menafikan beliau menerimanya… sedangkan Alstom telah didenda..

Menarik bukan??

Inilah antara Melayu yang akan 'Gerhana' masa depannya andaikata Pakatan Rakyat berjaya menguasai pentadbiran negara...



*******************************************


SPRM digesa siasat sepenuhnya dakwaan Alstom

Transparency International (TI) hari ini menggesa supaya siasatan terperinci dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap dakwaan rasuah oleh kumpulan perindustrian Perancis Alstom, dalam skandal yang membabitkan beberapa negara.

Media Malaysia telah melaporkan semalam bahawa pegawai anti-rasuah "melawat" pejabat sebuah syarikat kuasa minggu lepas, di tengah-tengah dakwaan bahawa seorang bekas pegawai menerima sogokan dari Alstom berhubung satu projek kuasa pada tahun 1990-an.

Beberapa eksekutif di Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC) juga telah disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor akhbar The Star.

"Transparency International Malaysia menggesa SPRM menjalankan siasatan terperinci berhubung urusniaga Alstom di Malaysia," kata satu kenyataan TI.

Bulan lalu, pejabat peguam negara Switzerland mengarahkan Alstom membayar denda 31 juta euro (RM130 juta) berhubung skandal tersebut, di mana Alstom dikatakan telah menawarkan rasuah dan sogokan di Malaysia, Latvia dan Tunisia.

Rasuah itu didakwa ditawarkan kepada orang tengah dan para pegawai untuk tujuan mendapatkan kontrak kerajaan bagi membina loji janakuasa.

Siasatan Malaysia terhadap TTPC dicetuskan oleh tindakan peguam negara Swiss, lapor The Star yang memetik sumber yang tidak dinamakan.

Ia berkata Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, bekas Perlis menteri besar dan bekas seorang pegawai tertinggi TTPC, didakwa telah mengambil 7.5 juta Franc Switzerland (RM25.5 juta) untuk membantu Alstom memperolehi kontrak bagi projek loji kuasa di Perlis pada tahun 1990-an.

The Star telah memetik Abdul Hamid menafikan semua dakwaan salahlaku tersebut

Abdul Hamid belum menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen, manakala pegawai SPRM enggan mengulas.

Satu kenyataan pejabat Alstom di Malaysia kepada AFP, menafikan sebarang rasuah dibayar dalam operasi syarikat tersebut, dengan menegaskan bahawa ia adalah "mangsa salahlaku kakitangannya", tetapi enggan mengulas lanjut.

Transparency International berkata dalam ranking tahunan negara kurang rasuah yang dikeluarkan awal awal bulan ini, Malaysia jatuh hampir 30 anak tangga sepanjang dekad yang lalu dan kini menduduki tempat ke-60 daripada 183 negara.

Ia memetik amalan yang berterusan pemberian projek mega dan kontrak tanpa tender terbuka atau pembidaan yang kompetitif," serta pertalian rapat antara perniagaan dan politik di Malaysia.



- AFP

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails