Monday, December 12, 2011
PANAS!! Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat letak jawatan!
Oleh kerana Shahrizat adalah dianggap sebagai kakak dan Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno beliau wajar di pertahankan kata Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO menurut Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno.
Kenyataan itu (baca di SINI) bolehlah kita anggap sebagai kesetiaan membabi-buta Pemuda UMNO..
Rentetan dari siri desakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang jelas tidak punya prinsip seperti Pemuda UMNO di atas (baca di SINI).. hari ini.. Pemuda MCA juga mendesak Shahrizat supaya letak jawatan!!
Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur
Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.
"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.
Pada pilihan raya umum 2008, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi parlimen beliau di Lembah Pantai. Ketua Wanita Umno itu tumbang di tangan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Beliau bagaimanapun, kemudiannya dilantik sebagai senator dan diangkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Loh juga berkata, kegagalan Shahrizat memberi penjelasan berhubung pembabitan suaminya dalam projek NFC boleh mengakibatkan 'kerusi selamat' BN bertukar menjadi 'kerusi berbahaya' jika pembangkang mengeksploitasi dan mensensasikan isu itu di seluruh negara.
Justeru, beliau juga mahu Shahrizat memberi penjelasan mengenai semua dakwaan yang berkaitan, termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dana pinjaman mudah yang diberikan kepada NFC.
Kata Loh, adalah malang jika usaha-usaha semua parti komponen BN untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat selepas 'tsunami politik' pada tahun 2008 digerhanakan oleh masalah peribadi Shahrizat.
Sebelum ini, pelbagai pihak meningkatkan tekanan pada Shahrizat supaya berundur tetapi kepimpinan tertinggi Umno masih belum membuat pendirian rasmi mengenai perkara itu.
Antara mereka yang secara terbuka mendesak Shahrizat supaya melepaskan jawatannya, adalah ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin.
Malaysiakini
Archive
-
▼
2011
(2602)
-
▼
December
(183)
- Yang ditangkap khalwat itu Ketua Penerangan Pemuda...
- Salahguna Zakat : Jamil Khir dakwa laporan Ketua A...
- Rosmah dijadikan bahan lawak Afdlin Shauki dalam M...
- PANAS!! Reezal Merican ugut Adam Adli dan keluarga...
- Kepala Babi dipintu Masjid.. Taktik penjajah Briti...
- MAIWP tidak berniat seleweng wang zakat...
- 'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC?
- Jingga 13 mahu Agong pecat Jamil Khir jika tidak m...
- Video : Tinjauan ke Kondo dan Restoran MeatWorks m...
- Bukti! Restoran MeatWorks di Singapura milik anak ...
- Panglima Ludah Penang diperbodoh Adam Adli.. (Vide...
- Ku Li kata Mahathir Bodoh?
- Surat layang ini dinafikan oleh Nurul Izzah dan ju...
- Kapal Terbang APMM tersadai sebab Kerajaan UMNO/BN...
- Berita tentang MCA Pulau Pinang yang tak akan disi...
- Gambar : Restoran mewah keluarga Shahrizat di Sing...
- Salahguna Wang Zakat : Amil ini direman.. Jamil Kh...
- Salahguna Wang Zakat : Jamil Khir! kenapa membisu?...
- Kempen Bebas Anwar 901 cubaan cetus Revolusi?
- Siapa aniaya CheguBard ni?
- Ahli politik mana ditangkap khalwat ni?
- Sakmongkol AK47 dan Aspan Alias akan menyertai DAP...
- Selepas Skandal NFC.. skandal Kapal Perang akan me...
- Jamil Khir melakukan kesalahan dibawah Seksyen 403...
- Muhyiddin akan siasat dakwaan SU sulit disogok ?
- Risalah lucah hina Saifuddin disebar di UiTM Shah ...
- Guna wang zakat, Jamil Khir patut malu!
- Tekun : Pemohon diusir kerana tidak kenal Ketua Ca...
- Utusan siar berita TIPU.. AMK nafi 500 anggota kel...
- Scandal Fidlot : 'Datuk' itu ditahan kerana cuba r...
- 'Mat Sabu' keluar PAS, 500 Ahli AMK sertai UMNO......
- TG Nik Aziz pula menjadi mangsa fitnah..
- PANAS!! Lagi gay Melayu kahwin, kali ini di Greece...
- Scandal Fidlot : Shahrizat mula tuding jari kesemu...
- Scandal Fidlot : 'Datuk' yang ditahan bukan keluar...
- Ezam akan dedahkan kotak Anwar pula..
- Tahniah Buat DS Anwar Ibrahim dan DS Wan Azizah
- Gambar Lucah Adam Adli? Pencacai UMNO kantoi lagi!...
- Utusan FITNAH Adam Adli..
- Inikah 'Datuk' yang ditahan kerana Scandal NFC bar...
- Zaid tanya 'Mengapa bayar kepada ejen untuk kapal ...
- Dokumen, Bukti Jamil Khir salahguna wang Zakat.
- SPRM rampas komputer, dokumen dalam serbuan terhad...
- PANAS!! SPRM serbu ibu pejabat NFC!
- Saya dijadikan Kambing Hitam - Khir Toyo
- Kerana Rasuah Khir Toyo dihukum penjara setahun da...
- Al-Fatihah.. Saudara Roselai telah kembali ke rahm...
- KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka?
- Gambar lucah Adam Adli? disebar pencacai UMNO..
- Scandal Fidlot : 'Datuk' ditahan kerana cuba rasua...
- Mahasiswa dakwa diperdaya untuk ke demo sokong Naj...
- Adam Adli jelaskan sebab Bendera Najib diturunkann...
- SPRM tubuh Pasukan Khas siasat isu NFC.. Wayang ap...
- 130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO.. err.....
- 200 Ribu dakwa terpedaya Skim Cepat Kaya diluluska...
- Pengganti Ibrahim Ali ke ni?
- Saya hanya isteri pengerusi eksekutif NFC - Shahri...
- Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Rapat Rakyat Pula...
- Ribuan Hadir di Rapat Rakyat Pulau Pinang (Gambar)...
- PANAS!! Puluhan Ribu Demo bantah bendera Najib dit...
- Nak guna akta apa dakwa pelajar turun bendera Naji...
- RTM Fitnah kerajaan Pakatan Rakyat Kedah (Video in...
- Melayu tidak akan keluar undi jika SPR guna dakwat...
- Skandal NFC: Keluarga Shahrizat Beli Kondominium M...
- PANAS!! Mahasiswa ini juga mahu Tampar dan Ludah M...
- Pinjam Bank Dunia : Mahathir tak percaya ada dokum...
- ‘Sayalah yang perkenal Auku’ - Dr. Mahathir
- Turun Bendera Najib : Inilah Pencacai UMNO yang ma...
- Sebab Bendera Najib diturunkan oleh Mahasiswa (Vid...
- Turun Bendera Najib : Mahasiswa Hampir Ditumbuk
- Dokumen dari Bank Dunia yang membuktikan Tun Mahat...
- Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siap...
- Tun Mahathir boleh menjadi sumpah-sumpah sekarang....
- Turun Bendera Najib, Pencacai UMNO nak ludah muka ...
- Turun Bendera Najib, Saifuddin mula dimaki hamun B...
- PANAS!! Bendera Najib diturunkan dari PWTC..
- SPRM Siasat Shahrizat?
- Tujuh Fitnah Utusan terhadap kerajaan PR Pulau Pin...
- UMNO buka ‘pintu’ untuk Hasan Ali, Nasha
- Sebab sebenar mengapa Lim Boo Chang keluar PKR.
- Kerajaan BOHONG tentang negara pendapatan tinggi –...
- Shahrizat bukan ‘biawak hidup’ - Syed Ali Alhabshe...
- PANAS!! Penyokong Shahrizat serang UMNO Cheras (Ga...
- Scandal Fidlot : Utusan mula menyerang Shahrizat?
- Apalah BODOH sangat dua orang ni??
- RBF (Ruang Bicara Faisal) ke ni?.. Sihatnya dia......
- Inikah sebabnya Lim Boo Chang keluar PKR?
- Tuduhan Liwat : Ke Putrajaya atau Penjara, diketah...
- Najib minta nyawa dari kaum Cina..
- Skandal NFC: Muhyiddin, Mustapa, Noh Omar pula dih...
- Akulah "winnable candidate" - Shahidan Kassim
- Mahkamah sahkan Guan Eng bukan Anti Melayu, Utusan...
- Anwar akan didapati bersalah ramal Guardian UK
- Rosmah dijadikan bahan lawak di web antarabangsa.....
- Lim Boo Chang Keluar PKR ..
- Tiga blog Pro-Pakatan Rakyat disaman oleh Musa Has...
- Banjir kilat di KL.. Pencacai UMNO tak nak salahka...
- Anwar tidak nafi berada di kondominium - Utusan
- Rapat Rakyat Asal Bukan UMNO (ABU), 15 Disember in...
- Perbicaraan kes tuduhan liwat II disambung Khamis ...
-
▼
December
(183)
