Friday, December 16, 2011

PANAS!! Penyokong Shahrizat serang UMNO Cheras (Gambar)

Kasihan mereka.. kerana mahu mempertahankan Isteri kepada penternak lembu paling berjaya dalam Malaysia, mereka berfikir dan bersifat seperti lembu milik suami kepada pemimpin mereka..



Lantaran dari desakan kali kedua yang dibuat oleh Ketua Umno Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang telah menggesa suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mengetuai projek ternakan lembu kontroversi, Pusat Fidlot Nasional (NFC) supaya tidak lagi membebabankan UMNO.


Dalam desakan untuk kali kedua itu Syed Ali Alhabshee menegaskan, sikap berdiam diri Mohamad Salleh dan enggan tampil menjawab segala tuduhan dilemparkan pembangkang terutama menerusi laman-laman blog boleh mengelirukan rakyat dan menjadi beban kepada Umno.

Dalam kenyataan disiarkan menerusi blognya, Syed Ali berkata “Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya,”

Katanya, kepimpinan Umno peringkat cawangan dan bahagian terus diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC.

“Malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat , apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?” kata beliau lagi.

Justeru kata Syed Ali, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isterinya pula perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Minggu lalu, Syed Ali melahirkan pendirian meminta Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno melepaskan jawatan itu.

“Kalau benar tak ada (penyelewengan), buatlah penjelasan terbuka secara terperinci, kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang tersebut adalah hak rakyat,” ujarnya - sepenuhnya di ( SINI )

Hasilnya.… akibat dari desakan itu.. semalam Pejabat UMNO Bahagian Cheras diserang oleh sekumpulan penyokong Shahrizat…



















Dalam pada itu..Syed Ali yang merasakan serangan itu dibuat ekoran daripada kenyataan beliau yang mengatakan UMNO "memikul biawak hidup" dalam isu NFC ini menjelaskan bahawa...

Maksud ‘memikul biawak hidup’ adalah ditujukan kepada isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang kini menjadi pertikaian umum dan bukannya ditujukan kepada Shahrizat Abdul Jalil...

Beliau membuat penjelasan tersebut mungkin kerana bimbang diserang lagi oleh penyokong Sharizat ataupun takut ahli UMNO yang lain membenci beliau...

Beliau menambah "isu NFC yang mana jika tidak diselesaikan maka selagi itulah rakyat akan menunding jari kepada kerajaan kononnya melindungi Shahrizat yang mana suaminya, Dr. Mohamad Salleh adalah Pengerusi Eksekutif NFC.."

“Maka,sudah tentulah pada anggapan saya rakyat akan menyalahkan Perdana Menteri dan Timbalannya kerana memikul isu NFC seperti memikul biawak hidup. Bukannya peribadi Shahrizat,” jelasnya lagi..

Menurut beliau lagi..“Saya bercakap berkisar tentang isu NFC yang kini menjadi bualan rakyat, malah pihak pembangkang juga menuduh pelbagai penyelewengan berlaku dan menyalahkan kerajaan, bukannya saya tujukan kepada Shahrizat secara peribadi,” tegasnya.

Dalam satu komen yang dilihat sebagai mahu mengambil hati Sharizat dan juga penyokong-penyokong Lembu Fidlot,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan..

“Saya adalah orang yang paling menghormati kaum wanita, sebab emak saya adalah wanita, malah wanita merupakan elemen penting dalam kehidupan manusia,” tegasnya.

Budaya UMNO.. kalah berdebat maki hamun yang keluar..

Kasihan mereka.. kerana mahu mempertahankan Isteri kepada penternak lembu paling berjaya dalam Malaysia, mereka berfikir dan bersifat seperti lembu milik suami kepada pemimpin mereka..

Macam LEMBU.. tak boleh berdebat.. berlaga..

Apa-apa pun PRU13 ini.. undilah siapa sahaja.. Asal Bukan UMNO!!!

Sumber gambar : Terengganu Kini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails