Monday, December 26, 2011

'Mat Sabu' keluar PAS, 500 Ahli AMK sertai UMNO...



Semakin galak Lidah Rasmi UMNO menyiarkan berita tentang Ahli-ahli dari Pakatan Rakyat samada PAS atau PKR keluar Parti dalam seminggu dua ini..


Ini sebenarnya menandakan Pilihanraya semakin tiba kerana bila tiba saja Pilihanraya Lidah Rasmi UMNO akan mula memainkan propaganda basi ni.. macam tak ada idea lain dah..

Minggu lalu dilaporkan seramai 130 Ahli PKR Permatang Pauh keluar PKR.. ramai tu.. tapi yang hairannya program PKR di Permatang Pauh masih lagi ramai Ahli yang hadir.. contohnya sila lihat di SINI , SINI dan SINI.

Semalam pula dilaporkan seramai 42 orang yang di ketuai oleh ‘Mat Sabu’ pula telah keluar dari PAS untuk menyertai UMNO.. baca di bawah..

42 ahli Pas masuk UMNO di Kepala Batas

KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.

Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.

"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.

"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.

Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.

Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.

"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.

"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.

Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Hari ini pula dilaporkan pula 500 AMK menyertai UMNO… tengoklah..



Untuk pengetahuan ada sumber memberitahu akan ada lagi sekurang-kurangnya dua pengistiharan keluar parti iaitu dari PKR bagi menyertai UMNO di kawasan Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh lagi… kita tunggu sajalah…

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails