Friday, December 23, 2011

KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka?

Mungkin ini adalah kerjaya pilihan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin setelah beliau disingkirkan dari jawatan Ketua Pemuda UMNO dan tidak lagi menjadi Ahli Parlimen selepas PRU13 ini..

Gambar disebelah ini adalah muka depan majalah Maskulin Januari 2012 yang menampilkan Ketua Pemuda UMNO yang juga Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin dengan tajuk KJ – Si Genius Yang Suka Berjenaka.

Bermula tahun 2004 nama Khairy Jamaluddin bermain di mulut ramai orang. Ada yang kagum, ada yang meluat dan ada yang mengatakan beliau seorang anak muda yang gopoh.

Ini kerana Bapak Mertuanya yang terlalu banyak tidur, urusan pentadbiran negara dikatakan dikuasai oleh Khairy dan Kumpulannya di tingkat empat.


Tidak kurang ada yang merasa tersinggung dan menganggap KJ seorang yang derhaka apabila beliau memberi komen kurang positif terhadap Tun Mahathir dalam temuramah dengan Malaysiakini.

Namun kini, KJ sudah menjadi Ahli Parlimen dan telah berjanji tidak akan bertanding pada pilihanraya depan. Cerita-cerita mengenai saham ECM Libra dan lain-lain projek telah pun hilang. Cerita ‘budak-budak tingkat 4′ pun sudah lesap.

KJ sudah tidak sepopular dulu. Semakin banyak dia bercakap, semakin nampak ketidakmatangan budak yang dikatakan genius ini. Semakin nampak bahawa mentaliti dia tidak lebih daripada mentaliti budak biasa lulusan UiTM.

Ketidakmatangan atau kebodohannya amat terserlah apabila beliau secara membabi buta cuba untuk mempertahankan keluarga Shahrizat yang terpalit dengan scandal NFC.

Untuk digelar genius mungkin tidak lagi sesuai, yang tinggal kini hanya seorang yang suka berjenaka...

Jenaka terbarunya ialah melarikan diri dari cabaran debat Rafizi Ramli, sedangkan dalam media massa tunggangan UMNO beliau bersuara bagai panglima.. baca di SINI

http://shahabudeenjalil.com/wp-content/uploads/2011/12/khairy.jpg

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails