Tuesday, December 13, 2011

Khairy PENAKUT!! Rafizi kata..



Perdebatan isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil masih lagi tidak mendapat kata putus dari Ketua Pemuda Umno dalam penetapan tarikh.


Justeru, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menyelar tindakan Khairy Jamaluddin yang melengahkan masa sebaliknya hanya mampu menggunakan orang bawahannya untuk menyerang beliau di laman sosial Twitter.

“Bila Khairy tidak berani debat, dia hantar anak-anak buah kaki maki hamun untuk alih perhatian. ‘Typical’ Pemuda Umno,” sindirnya di Twitter semalam.

Rafizi pada 18 November lalu mencadangkan agar debat tersebut dibuat semalam dan telah memberi masa sebulan untuk Khairy menjawabnya namun ia terpaksa dibatalkan.

Ini berikutan, wakil Khairy telah menghantar surat balas melalui email mengatakan Khairy tidak dapat menghadiri debat pada tarikh tersebut dan kononnya ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.

Justeru Rafizi membalas surat tersebut dan mencadangkan agar debat skandal NFC itu diadakan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga Ibu Pejabat Umno.

Rafizi dalam satu surat dihantar kepada Khairy meminta agar beliau memberikan satu tarikh menjelang 12 Disember sebelum jam 12.00 tengahari dan sehingga kini tiada respon.

“Jelas Khairy tidak berminat untuk mempertahankan NFC, komennya sebelum ini hanya cakap kosong,” kata Rafizi di Twitter semalam.

“Dah pukul 12.30 tengahari, saya masih belum dapat jawapan dari Khairy. Maknanya tarikh dah tamat, saudara tak berani dan tak berminat,” kata Rafizi.

Khairy di Twitter sebaliknya hanya menjawab dan mempersoalkan tarikh debat dan mengatakan tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan debat tersebut.

Bagaimanapun, Rafizi tetap akan meneruskan debat rakyat yang bakal berlangsung 19 Disember ini yang turut menjemput ahli Umno untuk berdebat berkenaan isu ini.

“Oleh kerana Khairy tidak berani debat (Skandal NFC) lembu, kita akan teruskan debat rakyat, tempat akan diumumkan kemudian,” jelas Rafizi.

Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Skandal NFC mencetuskan kontroversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.


http://www.keadilandaily.com/?p=24300

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails