Monday, December 19, 2011

Kapal Perang : RM3 Billion ini komisyen untuk siapa pula?



Pada 28 Disember tahun 2010, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, memaklumkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan Surat Hasrat kepada BNS Sdn Bhd untuk membina enam kapal peronda di bawah program SGPV yang akan bermula pada tahun 2012.


Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Kerajaan telah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi membina enam Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) katanya.


Berita penuh di SINI

Dengan purata harga RM1 Billion untuk membina sebuah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) ada pihak mendakwa bahawa kapal peronda tersebut boleh dikategorikan sebagai Kapal Peronda termahal di dunia. baca di ( SINI )

Tetapi itu bukanlah harga yang telah diluluskan oleh Kementerian Pertahanan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.

Dalam hal pembelian 257 ‘Armored Personnel Carriers’ untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia kita telah menyaksikan pada awal perjanjian yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ianya bernilai US$559 Juta (RM1.749 billion) tetapi Kerajaan Malaysia telah membayar RM7.55 Billion, empat kali ganda dari harga yang ditandatangani awal perjanjian.

Menteri Pertahanan yang dilaporkan telah menyaksikan perjanjian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Tony Pua mengatakan Kementerian Pertahanan tiada maklumat tentang perjanjian antara FNSS dan Deftech tersebut. Sila baca di ( SINI )

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku dalam hal pembelian enam Kapal Peronda Generasi Kedua, pada awalnya Kerajaan Malaysia telah mengumumkan sejumlah RM6 Billion diperuntukkan untuk pembinaan kapal tersebut, tetapi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd telah menerima ‘Letter of Award’ dari Kementerian Pertahanan bernilai RM9 Billion.

Kenapa wujud lebihan RM3 Billion ini?? Siapa yang rembat? Adakah ianya juga perlu dibayar untuk komisyen lagi?

Photobucket

Boustead gets Mindef contract for 6 ships, contract ceiling RM9b

Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd has received the letter of award from the Ministry of Defence (Mindef) to supply six patrol vessels with a contract ceiling of RM9 billion.

Bousted Holdings Bhd said its subsidiary Boustead Naval Shipyard had received the letter on Friday to design, construct and deliver six second generation patrol vessels.

“The contract carries a ceiling of RM9.0 billion, to be implemented over three Malaysia Plans, 10, 11 and 12. The delivery of the first of class ship is estimated in 2017 with follow-on ships every six months thereafter,” it said.

The Edge

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails