Thursday, December 1, 2011

Jemputan Debat pun tak terjawab.. Khairy nak pertahan Shahrizat?



“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno.


Nampak sangat Reezal Merican tu dan kena bohong dengan si Khairy..

Jika benar Khairy Jamaluddin mahu mempertahankan Shahrizat dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) beliau sepatutnya sudah memberikan jawapan kepada jemputan debat yang di hantar oleh Rafizi kepadanya..

Digelanggang ini beliau boleh menunjukkan kehebatannya dalam mempertahankan Shahrizat kepada semua. Bukan sekadar mengatakan beliau bersedia berdebat dengan Rafizi kepada media tunggangan UMNO.

Photobucket


Surat jemputan ini telah dihantar kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 18 November 2011 melalui faks, email dan pos laju kepada beliau di alamat ibu pejabat UMNO.

Tetapi hingga ke hari ini masih belum dijawab secara rasmi, yang diterima hanya kenyataan terbuka melalui twitternya dan Khairy berkata ‘akan pertimbangkan’.

Oleh itu KeAdilan akan meneruskan acara debat ini kerana Khairy tidak pernah membuat kenyataan menolak debat ini malahan sebelum ini beliau pernah membuat kenyataan di media arus perdana bahawa beliau bersedia.

Tarikh yang dicadangkan untuk diadakan debat mengenai isu penyelewengan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) oleh Suami dan Anak Shahrizat ini ialah 12 Disember ini.

TV Selangor dilaporkan akan menyiarkan siaran secara langsung menerusi websitenya.

Dibawah ini adalah berita berkaitan yang mana apa yang kelihatan ialah Anak Mamak cuba membela Anak Mami..

****************************************

Skandal NFC: Pemuda Umno wajar pertahan Shahrizat

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Ahli-ahli Umno perlu tampil mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam apa jua cara daripada serangan Pakatan Rakyat dalam isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang merupakan Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, parti utama Barisan Nasional itu telah tiba di paras kritikal menjelang pilihan raya umum ke-13 dan oleh itu ahli-ahli parti mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahamkan “keluarga” mereka.

“Shahrizat tiada apa-apa kaitan dengan apa yang berlaku dengan NFC. Biar siasatan dan undang-undang menentukan.

“Bagi parti, kita mesti mempertahankan keluarga kita, bukan apabila orang kita cedera, kita mengecam mereka,” kata Reezal pada persidangan pergerakan itu di sini hari ini.

Katanya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah satu contoh pemimpin parti yang mempertahankan Shahrizat sejak isu NFC muncul bulan lalu.

“Khairy Jamaluddin berkata beliau mempertahankan Shahrizat sebab beliau adalah kakak kita, Ketua Wanita yang berada di depan dalam mempertahankan Umno!” kata Reezal lagi.

Dengan merujuk kepada pendirian Pakatan Rakyat, Reezal berkata pemimpin-pemimpin perikatan itu mempertahankan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam pelbagai skandal.

“Lihat pada (Exco Kerajaan Negeri) Elizabeth Wong dan kes melibatkan video seorang pemimpin, parti mereka mempertahankan mereka,” katanya lagi.

Kini isu NFC, yang melibatkan keluarga Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail sedang disiasat oleh polis.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails