Sunday, December 11, 2011

ISA bagai keris Taming Sari lindungi Melayu - Ibrahim Ali



Datuk Ibrahim Ali menyamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan keris tersohor Taming Sari sambil menegaskan, undang-undang itu penting sebagai “senjata” bagi melindungi hak asasi orang Melayu dari dicabar.


“Keris Taming Sari senjata bagi orang Melayu, ia sudah tidak ada sekarang.

“Di mana Taming Sari kita jika kita mahu melindungi kepentingan orang Melayu pada masa depan?” kata Presiden Perkasa pada Seminar Najib Razak yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Ibrahim (gambar) menekankan bahawa semangat ISA, yang membolehkan penahanan seseorang tanpa dibicarakan, mesti diteruskan dalam undang-undang baru yang akan digubal tahun depan agar pihak polis ada kuasa untuk menangani isu-isu yang mengancam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Sehubungan itu kata beliau, cabaran-cabaran ke atas hegemoni orang Melayu termasuk isu kalimah Allah, perhimpunan Bersih 2.0 dan insiden meletakkan kepala khinzir di surau boleh mencabar sensitiviti agama.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memansuhkan ISA dan dua akta baru akan diperkenalkan.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails