Sunday, December 11, 2011

Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan



Inilah yang membezakan cara pemikiran antara pemimpin-pemimpin UMNO dan juga pecacai-pencacai UMNO.


Bagi pemimpin-pemimpin UMNO mereka sedar dan tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dalam Scandal NFC, oleh itu ramai diantara mereka mula mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatan dari kabinet Najib.

Bagi mereka lebih baik dikorbankan seorang dari semua turut terkorban.. tak jadi hal.. mereka tidak mahu kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga dan mereka juga tidak sanggup untuk menanggung biawak hidup.

Bermula dengan Bung Mokhtar (SINI), Ketua Umno Bahagian Padang Besar (SINI), Ketua UMNO Bahagian Cheras (SINI), Nong Chik juga bersuara (SINI) dan diingatkan oleh Mahathir sebanyak dua kali (SINI dan SINI).. hari ini Ghapur pula mendesak Shahrizat agar berundur..

Kerana baginya Scandal ini cukup memalukan dan beliau tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno

Tetapi berbeza pula dengan pencacai-pencacai UMNO, bagi mereka biarpun pemimpin mereka melakukan kesalahan yang jelas, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan pemimpin mereka itu.. tak ke bodoh punya kerja ni?

Mereka menyalahkan PKR kononnya isu ini sengaja diperbesarkan untuk menjahanamkan karrier politik Shahrizat biarpun hakikatnya pendedahan dimulakan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Audit Negara yang lalu..

Pendadahan itu menjadi lebih parah bila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mendedahkan bahawa kesemua wang untuk dana NFC telah dikeluarkan setahun sebelum dilakukan pada 2010.. (SINI)



Ghapur Pula Gesa Shahrizat Lepaskan Jawatan

TAWAU, 11 Dis (Bernama) -- Seorang lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

Ghapur diminta mengulas mengenai isu itu selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai kanak-kanak kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai di Kg Pasir Putih, di sini.

Ditanya jika Shahrizat masih mendapat sokongan Pergerakan Wanita Umno, Ghapur berkata, "Ini bukan soal sokong-menyokong tetapi ini soal keseluruhan parti. Bila kita buat salah, kita mesti bertanggungjawab".

Menurut Ghapur di negara maju seperti Amerika Syarikat jika sesuatu isu atau skandal menimpa seseorang pemimpin, pemimpin yang terlibat akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

"Kita juga perlu tahu bahawa bukan pembangkang yang bongkar isu ini tetapi ia didedahkan oleh Ketua Audit Negara," tambah Ghapur.

Mengenai wang bantuan persekolahan, Ghapur meminta ibu bapa supaya melaporkan kepadanya sekiranya terdapat pihak sekolah di kawasannya yang memotong wang bantuan itu untuk pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), yuran buku dan sebagainya.

-- BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails