Sunday, December 4, 2011

Chua Soi Lek menghina Islam.. lagi....



Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.


Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.

Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

“Apabila kesemua sektor ekonomi berhadapan dengan kesan, semua rakyat Malaysia tidak kira agama akan mengalami kesannya,” kata beliau lagi.

Pemimpin MCA itu menambah, sementara pentadbiran Barisan Nasional (BN) tidak sempurna, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya ada visi yang jelas bagaimana untuk memperbaiki negara.

Ini bercanggah dengan agenda hudud pembangkang, yang boleh membawa Malaysia ke arah “binasa diri”, tegas Dr Chua.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails