Friday, December 9, 2011

Bukti AMK, Pemuda PAS dan juga Dapsy tak buat kerja..



Dalam satu taklimat khas yang aku hadiri beberapa hari yang lalu, apabila menyentuh tentang Buku Jingga yang dikatakan oleh Fariz Musa sebagai tidak diketahui langsung apa pengisiannya oleh majoriti belia kerana mereka tidak pernah membacanya atau menerima apa yang dikatakan Buku Jingga itu, Fariz Musa berkata ini adalah kegagalan AMK, Pemuda PAS dan juga Dapsy.


AMK, Pemuda PAS dan juga Dapsy telah gagal untuk mengedarkan atau memberikan penerangan tentang kandungan buku tersebut kepada golongan belia.

Berkata sahabat yang ada disebelah aku “Kurang ajar sungguh dia ni (Fariz Musa) dia bantai terus.”

Jika laporan kajiselidik dari Zentrum menunjukkan orang muda juga lebih menyokong BN dari menyokong PR, sewajarnya juga kita meletakkan kesalahan ini kepada AMK, Pemuda PAS dan juga Dapsy.. kerana mereka gagal mempengaruhi golongan muda..

Maklumlah.. golongan muda ni bukannya boleh menjanjikan jawatan dalam parti.. Kalau bodek pemimpin-pemimpin dalam parti ada juga peluang pegang jawatan dalam parti.. tak gitu??

Contoh aktiviti yang lebih penting buat AMK, Pemuda PAS dan Dapsy daripada menghampiri dan mempengaruhi golongan muda ialah seperti menjadi Body Guard kepada pemimpin-pemimpin parti, menyerang pihak yang mengkritik pimpinan parti yang jelas melakukan kesilapan dan mahu mengadakan perhimpunan jika pemimpin tertentu dipenjara..

Contoh saja tu… siapa terasa nasib hang la..


******************************************

Zentrum: Orang muda lebih sokong BN

BN mendahului Pakatan Rakyat sekurang-kurangnnya tiga peratus dalam persaingan untuk mendapatkan sokongan anak muda dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut institut kajian Zentrum Future Studies.

Pengasas institut kajian itu, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebahagian besar sokongan itu diraih dari kalangan anak muda golongan Cina.

"Jumlah kaum muda dalam demografi SPR adalah sehingga 68 peratus, bermakna kaum muda Cina secara total daripada 88 hingga 92 peratus menyokong Pakatan," katanya dalam wacana perdana pilihan raya umum ke-13 di Kota Bharu malam tadi.

Katanya lagi, sokongan di kalangan masyarakat Cina terhadap Pakatan, tanpa mengikut gender dan umur dianggarkan pada kadar 82 hingga 88 peratus.

Bagi pengundi Melayu pula, ia kekal pada kadar 22 hingga 28 peratus, untuk memberi kelebihan sokongan 3 hingga 5 peratus kepada BN.

Bagaimanapun, ia mungkin berubah pada saat-saat terakhir pilihan raya kerana golongan muda itu disifatkannya lebih berhati-hati dan lebih cakna kepada isu.

"Bermaksud, Pakatan mampu memecut dan bentuk keseimbangan akibat sokongan kaum Melayu," katanya lagi.

Menjelaskan bacaannya itu, Abu Hassan (tengah) berkata kaum muda Melayu lebih dekat dengan budaya popular manakala masyarakat Cina lebih dekat dengan isu-su ekonomi.

Oleh itu isu rasuah dan penyelewengan seperti yang dikaitkan dengan National Feedlot Corporation (NFC) juga akan memberi impak yang besar kepada komuniti Melayu, tambahnya.

Ditemui selepas program anjuran kerajaan negeri Kelantan itu berakhir lewat malam tadi, Abu Hassan bagaimanapun enggan mendedahkan butiran kajian berkenaan kerana ia masih belum diterbitkan.

Moderator program berkenaan, Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut memberikan pandangannya bahawa 60 peratus daripada kira-kira seramai tujuh juta pengundi muda hanya akan membentuk sikap terhadap kepada isu-isu tersebut dalam undian mereka pada saat terakhir.

Perkara yang ditimbang oleh golongan ini melibatkan isu kebajikan – keadaan ekonomi, kos sara hidup dan peluang pekerjaan.

Sementara itu, wakil BN di wacana berkenaan, Datuk Saifuddin Abdullah pula tetap yakin bahawa parti itu akan meraih sokongan daripada pengundi atas pagar.

Katanya, BN telah berjaya memujuk pengundi yang memberikan undi protes dalam pilihan raya 2008 dan parti itu juga telah menyedari "realiti politik baru" yang perlu diharungi dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan menteri pengajian tinggi itu turut menyenaraikan usaha-usaha yang dijalankan parti pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menunjukkan bahawa BN telahpun sedar, termasuk kempen 1Malaysia dan juga program transformasi yang dicanang.

Beliau turut mengulangi pandangan bahawa mood pengundi dalam 18 pilihan raya kecil juga telah berubah pada saat akhir.

Mengulas data yang dikemukakan Zentrum, seorang lagi ahli panel, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution pula berkata parti itu terbuka dalam menerima apa juga kajian dan akan menggunakannya dalam menghadapi pilihan raya.

"Kita tidak amalkan sindrom penafian," katanya yang mengambil data berkenaan sebagai cabaran kepada parti untuk memperbaiki peluangnya.

Beliau juga menerima bacaan daripada pelbagai sumber lain, namun apa yang lebih penting bagi PKR adalah sistem audit dalam parti.

Audit berkenaan akan memberi gambaran sebenar kepada kekuatan parti dan masalah yang dihadapinya, katanya lagi ketika ditemui selepas program di Balai Islam, Lundang itu berakhir lewat malam semalam.

Seorang lagi ahli panel yang turut mengambil bahagian dalam wacana yang disiarkan secara langsung melalui saluran web mykelantan.tv itu ialah pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails