Wednesday, December 14, 2011

Banjir kilat di KL.. Pencacai UMNO tak nak salahkan Najib pula ke?



Dulu.. bila berlaku banjir kilat di Kajang, pencacai-pencacai UMNO berlumba-lumba menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat kononnnya ianya berlaku kerana kegiatan mengorek pasir yang tak terkawal.


Ada yang menulis “Kejadian ini adalah musibah yang boleh memberi peringatan kepada rakyat Selangor jika pemerintah hanya tahu pandai menabur janji dan gagal melunaskan tanggungjawab. Gagal menjamin keselesaan rakyat dan keselamatan yang menjamin kehidupan.

Ikon Fitnah 1Malaysia pula menulis “KOREK PASIR dan itulah yang menjadi punca utama penyebab banjir yang melanda Kajang. Aktiviti korek pasir yang dilakukan oleh syarikat kumpulan semester Sdn Bhd yang mana CEO nya adalah abang Khalid Ibrahim MB Selangor.

Kosmo juga turut menyiarkan laporan kononnya aktiviti korek pasir secara haram adalah punca banjir kilat itu.. Sinar Harian yang menyiarkan sebab sebenar banjir itu, baca di SINI. Di ketawakan pencacai UMNO..

Semalam… banjir kilat telah melanda KL pula hingga menyebabkan KL lumpuh.. Pencacai UMNO tak nak salahkan Najib ke?


******************************************

Kuala Lumpur lumpuh akibat banjir kilat

Keadaan lalu lintas di ibu negara lumpuh hari ini berikutan banjir kilat di Jalan Tun Razak semasa waktu puncak apabila warga kerja pulang, berikutan hujan lebat.

Kawasan sekitar Perpustakaan Negara dilaporkan ditenggelami air dan dikatakan merebak sehingga ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran.

Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu juga menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk.

Sebelum ini, kawasan sekitar Jalan Tun Razak itu bukan tempat yang kerap berlaku banjir. Dua minggu lalu Kajang juga dilanda banjir kilat yang terburuk sejak 1971.

Sementara itu, Bernama melaporkan seramai 23 orang kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga 9 tahun serta tiga orang guru sebuah taska di Jalan Semarak diselamatkan dalam operasibanjir kilat.

Seorang Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek dan Jinjang bergegas ke tempat kejadian dan sebuah bot digunakan apabila air dari Sungai Bonus melimpahi tebing sehingga mencecah 1.5 meter.

"Selepas selesai memindahkan kesemua mereka ke surau berdekatan di kawasan yang lebih tinggi, kami kemudian memindahkan 20 orang pelajar Multimedia College Sdn Bhd yang berada di bangunan bersebelahan taska itu," katanya.

Paras dada

Seorang guru, Rodiah Yahya, 28 ketika ditemui berkata, air naik begitu cepat hingga memaksanya memindahkan kanak-kanak ke tingkat dua taska tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Air naik sampai paras dada..nasib baik sudah letak kanak-kanak ke tingkat dua..kami juga sempat selamatkan barang-barang dari dihanyutkan... selepas setengah jam, ada anggota bomba datang membantu kami," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Business Operation TM Training Centre Abdullah Othman, 51, berkata, sebanyak lima buah kereta dan tiga buah motosikal tidak dapat diselamatkan dalam kejadian tersebut.

"Sepanjang 29 tahun saya di sini, inilah yang terburuk..sudah dua kali berlaku banjir di mana yang pertamanya pada Februari tahun ini...pada ketika itu 67 kereta tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Jalan Semarak mendapati lampu jalan tidak berfungsi manakala trafik perlahan serta beberapa buah kereta tersadai kerana rosak akibat banjir.

Dalam pada itu, sebahagian Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia digenangi air sehingga menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan yang teruk.

Terowong ditutup

Pemangku Ketua Trafik Kuala Lumpur Supt Rusli Mohd Noor pula berkata selain Jalan Tun Razak dan Jalan Semarak, jalan lain yang terlibat termasuk Jalan Kuching, sekitar Taman Wahyu, Bulatan Dato Onn berdekatan Bank Rakyat dan sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

Bagaimanpun katanya semua jalan boleh dilalui apabila banjir mulai surut pada pukul 7 malam.

Bernama juga melaporkan laluan Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) ditutup kepada semua lalu lintas lebih tiga jam mulai jam 4.35 petang berikutan hujan lebat di ibu negara.


Penutupan itu dilakukan oleh Pusat Kawalan Trafik Motorway (MCC) Terowong SMART bagi membolehkan penyalurkan air ke kolam takungan bagi mengelak banjir kilat di pusat bandar raya.

Bagaimanapun, terowong itu dibuka semula pada pukul 8 malam tadi.

Hujan lebat bermula dari jam 3.15 petang dan berhenti sepenuhnya pada jam 7.20 malam sehingga menyebabkan beberapa buah stesen hujan di Lembah Klang mencatatkan bacaan hujan tinggi terutamanya di kawasan tadahan Sungai Bunus dan di hulu kawasan tadahan Sungai Klang.

MCC dalam kenyataan berkata stesen yang memberi bacaan tinggi ialah Stesen Sekolah Menengah Pendidikan Khas Jalan Genting Klang (141mm), Stesen Sungai Klang di Jalan AU 3/1 (90mm), Stesen Sungai Kerayong di Jalan Kuari (90.5mm) dan Stesen Sungai Klang di Jalan AU 5C/6 (65mm).

"Hujan lebat di kawasan tadahan SMART telah mengakibatkan paras air di Sungai Klang dan Sungai Ampang meningkat dan mengaktifkan operasi kawalan banjir SMART," menurut kenyataan itu.

Mencecah 28.63 meter

Kenyataan itu menyebut bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter.

"Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air sebagaimana yang berlaku pada masa lalu sebelum wujudnya Terowong SMART," katanya.

MCC berkata banjir kilat yang berlaku di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya pula disebabkan kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails