Thursday, December 22, 2011

130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO.. err.. skrip tak betullah Pak Wahab..



Semalam riuh rendah blog-blog Pro UMNO memainkan isu “130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai UMNO”.. ianya diketuai oleh Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini iaitu Abdul Wahab Rahman ataupun dikenali sebagai Pak Wahab..


Sebab utama beliau keluar korang lihatlah sendiri dalam videoclip dibawah..

Antara kata-kata Pak Wahab ialah “Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti.. dan bla..bla..bla…

Aku tak nak ulas panjang-panjang pasal dalam video di bawah ni dia menyatakan ketidak puashatinya kepada seseorang ekoran dari tidak dilantik semula sebagai Pengerusi JKKKN, siapa yang aku maksudkan faham-faham sendirilah..

Cuma aku nak minta kepada Pak Wahab kalau boleh adakan semula sidang akhbar ini.. pasal skrip tak betullah..

Pak Wahab kata “Saya dilantik jadi Ketua Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian DUN Penanti..

Sepatutnya Pak Wahab kata “Saya dilantik jadi Ketua RANTING bukanya Cawangan Parti KeAdilan Sungai Ara, Ahli Jawatankuasa Bahagian Permatang Pauh bukannya Bahagian DUN Penanti..

Sebabnya dalam KeAdilan tak ada CAWANGAN yang ada ialah RANTING dan dalam KeAdilan juga tak ada BAHAGIAN yang ada ialah CABANG.

Dan di dalam Cabang Permatang Pauh pula tak ada Bahagian Penanti.. yang ada ialah Jentera Pilihanraya DUN Penanti..

Perbetulkan skrip dulu ya Pak Wahab…




Tentang jumlah yang dikatakan 130 Orang tu.. Timbalan Ketua AMK Permatang Pauh Saudara Afzal Khan dah jawab di SINI


130 Anggota PKR Permatang Pauh Sertai Umno


BUKIT MERTAJAM, 21 Dis (Bernama) -- Seramai 130 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Parlimen Permatang Pauh Rabu bertindak keluar parti itu dan menyertai Umno setelah kecewa dan hilang kepercayaan dengan kepimpinan PKR.

Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9, di sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini Abdul Wahab Rahman,70, berkata mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.

"Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas 11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.

"Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah haluan dan kembali kepada perjuangan Umno," katanya kepada pemberita.

Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.

Katanya selepas hampir empat tahun menjadi Adun Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai Umno.

Zainal Abidin yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata pihaknya dengan hati terbuka menerima kemasukan bekas anggota PKR itu ke dalam Umno. - BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails