Friday, November 18, 2011

Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat UMNO?

Bila duit kerajaan dikatakan milik UMNO.. macam ni lah jadinya..



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR hari ini mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah diberikan di pejabat Umno.


Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit.

Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.

“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Tindakan itu disifatkan Zuraida sebagai petanda jelas Umno begitu terdesak untuk menipu rakyat bagi mendapatkan undi kerana ia sepatutnya disalurkan terus kepada sekolah dan tidak membabitkan campur tangan parti politik.

Diumum Najib

“Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” katanya.

Wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 sepatutnya disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011.

Manakala bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

Free Malaysia Today

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails