Tuesday, November 22, 2011

Video saat-saat Malaysia kalahkan Indonesia 5-4...

Sebelum itu..TAHNIAH buat pasukan Malaysia yang telah memperoleh pingat emas dengan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno,Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Runtuh akhirnya ego penyokong Indonesia yang berjumlah hampir 80,000 menyaksikan perlawanan di Stadium itu.. terdiam kerana‘diaibkan’ para pemain Harimau Muda Malaysia.. PADAN MUKA!


Apa-apa pun, tahniah buat pasukan Ong Kim Swee kerana berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara ibu segala pingat iaitu bola sepak.

Baca pula apa komen TG Nik Aziz..

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Video gol pertama Malaysia..



Saksikan video saat-saat penalti ini..




Sumber video : Sokernet

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails