Saturday, November 12, 2011

Utusan harus kekal sebagai payung Melayu?

Akhbar Utusan Malaysia mesti dikekalkan sebagai payung yang bukan hanya kepada kaum Melayu tetapi juga bangsa Malaysia, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.


Tengku Adnan Tengku Mansor menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pejabat Utusan Biro Putrajaya.


"Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya sentiasa akan membantu apa yang dikehendaki oleh Utusan demi untuk memastikan bahawa Utusan akan terus menjadi media yang boleh kita banggakan khususnya untuk orang Melayu dan juga rakyat Malaysia,"- sepenuhnya sila baca di SINI

Payung biasanya digunakan untuk melindungi tetapi Utusan sendiri bukannya bersikap melindungi tetapi lebih kepada menghasut dan menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia.

Malanglah Kaum Melayu dan juga Bangsa Malaysia jika menjadikan akhbar yang semakin tidak laku dipasaran itu sebagai payung.

Cuba lihat laporan Audit Bureau of Circulations berkaitan jualan harian akhbar Utusan :



Purata jualan harian akhbar Utusan 2004 adalah sebanyak 256,247 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2006 adalah sebanyak 213,445 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2009 adalah sebanyak 169,548 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2010 adalah sebanyak 171,842 naskhah.

Oleh kerana Utusan semakin tidak laku, UMNO sebagai pemilik saham terbesar dalam Utusan Malaysia terpaksaberhempas pulas untuk memanjangkan hayat Lidah Rasmi Mereka itu hingga terpaksa memberikan tawaran potongan 20% kepada sekolah-sekolah yang melanggannya, sila lihat di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails