Tuesday, November 8, 2011

Siapa kata Anwar Tidak Korban Seekor Lembu pun?



Terbaca aku satu artikel di Forum Kumpulan Menyokong UMNO ataupun lebih dikenali sebagai MyKMU.net atau juga dikenali sebagai MyKemut, kononya Anwar Ibrahim tidak mengorbankan seekor lembupun pada Hari Raya Korban yang lalu.


Artikel itu disiarkan bagi menjawab artikel yang disiarkan oleh MiloSuam dan juga Amenoworld yang memepersoalkan satu laporan dari Utusan Malaysia yang melaporkan Najib dan Rosmah mendermakan 402 ekor lembu (RM1.2 juta) sempena Aidil Adha di Parlimen Pekan.

Kemudian mereka mendedahkan bahawa lembu yang diserahkan oleh Najib untuk dikorbankan itu bukan milik Najib tapi sumbangan Swasta.

Sebenarnya bagi aku bukanlah satu perkara yang luar biasa Ahli Parlimen menyerahkan berpuluh-puluh ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidil Adha, kerana kebanyakkan mereka menerima subangan tersebut dari pihak swasta.

Mereka cuma mengagihkannya sahaja contohnya selain Najib ialah Zambry MB Perak, boleh dikatakan setiap tahun Lembu yang diagihkannya untuk dikorbankan sempena Aidil Adha itu datangnya dari pengusaha Feri Pulau Pangkor.. bukannya duit dia pun..

Jadi apa yang disiarkan oleh Utusan itu tujuannya hanyalah untuk memperbodohkan rakyat sahaja.. kononnya Najib begitu murah hati untuk menyumbang 402 ekor Lembu itu..

Berbalik kepada artikel MyKemut yang mendakwa Anwar tidak mengorbankan seekor lembupun tahun ini, kononnya menurut sumber penulis artikel tersebut dari Permatang Pauh, tiada satu pun sumbangan lembu korban diatas nama Anwar Ibrahim, sumbangan yang ada semuanya atas nama PKR.

Baca petikan sebahagian artikelnya di bawah..
Dalam masa yang sama, mereka taknak pula mempersoalkan Anwar Ibrahim yang langsung tiada berita menyumbang ke tidak pada musim Aidil Adha kali ini. Sudahlah pergi haji taknak, sumbang lembu pun tak juga? Menurut sumber penulis di Permatang Pauh, semalam, tiada satu pun sumbangan lembu korban diatas nama Anwar Ibrahim, sumbangan yang ada semuanya atas nama PKR.
Aku tak tahu siapa sumbernya itu tapi dari laporan yang disampaikan kepada penulis dari MyKemut itu, aku pasti yang melaporkan itu tidak bergaul dengan masyarakat atau kera sumbang.

Menyebarkan fitnah hanya untuk memburukkan Anwar Ibrahim.

Untuk tahun ini Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menyerahkan sepuluh ekor lembu untuk dijadikan sebagai korban sempena Aidil Adha tahun ini.

Pengagihan daging korban tersebut telah diuruskan oleh PKR Permatang Pauh sendiri, Dua ekor dari lembu tersebut telah diserahkan kepada penduduk Cheruk Tok Kun untuk dikorbankan manakala lapan ekor lagi telah diagihkan disekitar Parlimen Permatang Pauh.

Sayangnya tak ada sesiapapun yang mengikuti program Anwar ke seluruh Parlimen Permatang Pauh mengagihkan daging korban tersebut yang mengambil gambar.. maklumlah semua yang mengikutnya itu pegawai.. mana boleh nak pegang kamera.

Namun begitu ada juga sahabat yang sudi mengambil gambar Anwar Ibrahim dan juga Wan Azizah di majlis korban di Cheruk Tok Kun..






Gambar dari Aidi Rafizul FB

Berikut adalah Jadual Program Korban Parlimen Permatang Pauh pada 7 November 2011 yang aku terima melalui e-mail dan juga sms.

1-9.00 Pagi, Agihan daging korban di Tok Kun, lokasi depan Mobil Jalan Rozhan.
2-10.30 Pagi, JKKK Kampung Belah Dua, lokasi Surau Taman Pauh.
3-11.00 Pagi, JKKK Siakap, Lokasi Pusat Khidmat DUN.
4-11.30 Pagi, JKKK Bagan Serai/Sembilang, Lokasi Dewan Orang Ramai Sembilang.
5-12.00 Tengahari, Persatuan Delima Kasih, Lokasi Ampang Jajar.
6-12.30 Tengahari, JKKK Pekan Permatang Pauh.
7-1.00 Tengahari, Solat Zohor
8-1.30 Tengahari, Kenduri kahwin dirumah Pak Long Radzi, Permatang Pasir.
9-2.00 Petang, Pemuda Qaryah Kubang Ulu, Lokasi Pondok Kubang Ulu.
10-2.30 Petang, JKKK Kuala Mengkuang, Lokasi Dewan Kuala Mengkuang.
11-3.00 Petang, Kampung Terus, Lokasi Rumah Din Terus.

Kalau tak ada korban bagaimana agaknya jadual diatas akan diisi??

Lain kali kalau tak tahu cerita.. jangan nak buat cerita.. kan dah jadi fitnah..

Berikut pula adalah artikel dari MyKemut tu..

Anwar Tidak Korban Seekor Lembu Pun, Anak Duduk NY

Banyak pihak menjadikan isu jumlah lembu yang dikorbankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Pekan pada musim Hari Raya Korban tahun ini. Walhal sudah diumumkan semasa majlis penyerahan lembu-lembu tersebut 2 hari lepas bahawa lembu-lembu itu ialah sumbangan 9 syarikat korporat dan individu

Setiap tahun pun memang macam ini apa, malah kalau nak dijadikan contoh, tahun lepas sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan syarikat-syarikat korporat tertentu melalui pejabat Ahli Parlimen Pekan, boleh rujuk sini.

Jadi apa masalah sangat yang nak diisukan pembangkang pun penulis tak faham. Pergi haji jadi isu, bagi korban jadi isu malah pergi mesyuarat CHOGM pun jadi isu juga!!! Apa masalah jiwa budak-budak pembangkang ni pun kita tak faham.

Dalam masa yang sama, mereka taknak pula mempersoalkan Anwar Ibrahim yang langsung tiada berita menyumbang ke tidak pada musim Aidil Adha kali ini. Sudahlah pergi haji taknak, sumbang lembu pun tak juga? Menurut sumber penulis di Permatang Pauh, semalam, tiada satu pun sumbangan lembu korban diatas nama Anwar Ibrahim, sumbangan yang ada semuanya atas nama PKR.

Nak kata jadi prinsip Pakatan haram pembangkang untuk tidak menghebah-hebahkan sumbangan, Hadi Awang dikhabarkan menyumbang beberapa ekor lembu di Marang dan Nik Aziz turut menyumbang di Kota Bharu.

Nak kata Anwar tidak mampu, dia boleh membelanjakan entah berapa puluh ribu untuk membayar berbelas peguam bela dalam kes liwatnya, berulang alik ke luar negara hampir setiap minggu dan anak lelaki tunggalnya pula dilaporkan dibiayai sepenuhnya Anwar untuk menetap di New York selepas berkahwin kerana Anwar tidak mahu Ehsan merosakkan rancangannya untuk menjadi Perdana Menteri (Ehsan tahu semua rahsia Anwar).

Itu belum lagi lagi bercakap Anwar mempunyai beberapa pejabat di luar negara (Abu Dhabi dan USA). Semua ini menunjukkan kemewahan dan kekayaan Anwar walaupun hanya menerima gaji sekitar RM 10,000 sebulan sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang. Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar terima RM 1 saja sebulan.

MyKmu.net

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails