Monday, November 14, 2011

Kes seleweng wang zakat ni, Bila Jamil Khir nak jawab?



KUALA LUMPUR 14 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kesal kerana sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjawab isu penyelewengan wang zakat.


Awal November lalu, Mahfuz mendakwa Jamil mengarahkan Yayasan Taqwa, membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’.

Justeru itu, Mahfuz meminta penjelasan Jamil kenapa Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memperoleh sumber dari hasil wang zakat, diperalat bagi tujuan politik.

“Kita minta dia (Jamil) buat penjelasan kenapa membuat pengarahan melalui setiausaha sulit kanan, mengarahkan Yayasan Taqwa (membayar syarikat berkenaan),”

“Dia (Jamil) dah balik (menunaikan haji) dari mekah, harap dapat menampilkan imej sebagai seorang yang baru balik dari Mekah dan bagi penjelasan,” kata Mahfuz.



Mahfuz sebelum ini mendakwa maklumat itu diperoleh berdasarkan satu surat oleh JPM kepada Yayasan Taqwa bagi membayar syarikat penerbitan buku yang didakwa memburukkan Pas itu.

Buku berkenaan diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

Mahfuz memberitahu, kursus anjuran Jakim yang sudah tiga kali diadakan itu, turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri dianjurkannya.

Program itu juga memanggil bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan ucapan.

Jamil sebelum ini turut didakwa menggunakan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


http://www.keadilandaily.com/?p=22925

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails