Thursday, November 10, 2011

Scandal Fidlot : KeAdilan ada bukti, Shahrizat boleh saman bila-bila masa– Rafizi

KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.

“Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,”


“Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.

Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.

Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.

Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.

“Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya,” kata beliau.

Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.

“Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan,” katanya.

Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.

Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

“Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas.”

“Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?,” Soalnya.

“Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu,” katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=22819

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails