Friday, November 11, 2011

Pusat Fidlot dah jadi Syarikat Pelaburan pulakdah..



Malaysiakini melaporkan Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.


Tulisnya dalam blog rembau.net.Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.

Kondiminium dibeli sebagai pelaburan? Apa punya alasan ni??

Hujah untuk mempertahankan Shahrizat tapi dalam masa yang sama Khairy telah menjerut leher Shahrizat dan Khairy juga telah mengakui apa yang didakwa oleh KeAdilan itu adalah benar….

Jika alasan bodoh itu diberikan oleh Kahiry.. Khairy bukannya melepaskan Shahrizat dari isu penyelewengan dana untuk project National ‘Feed The Lord’ Centre tetapi Khairy sendiri telah mengesahkan bahawa dana untuk project tersebut telah disalahguna.

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010 dan ianya bukanlah sebuah syarikat pelaburan hartanah.

Khairy juga mengakui projek ini telah gagal apabila menulis.."Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

Timbul juga persoalan disini.. bagaimanakah ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa akan dibangunkan jika dana yang diperuntukkan untuk membangunkannya diguna untuk pelaburan?

Kesimpulan dari apa yang telah ditulis oleh Khairy seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI ialah..

1-Khairy akui NFC telah membeli Kondominium RM9.8Juta.

2-Khairy juga secara tidak langsung telah mengakui NFC milik keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana untuk NFC itu.

3-Khairy juga akui projek NFC ini gagal..

4-Paling penting Khairy telah akui apa yang didedahkan oleh KeAdilan itu adalah benar..

Dari kesimpulan itu.. tertanya-tanya aku.. adakah Khairy sedang cuba untuk menyelamatkan Shahrizat atau membunuh terus karrier politik Shahrizat?

Info tujuan ditubuhkan National ‘Feed The Lord’ Centre ..

NATIONAL FEEDLOT CENTRE (NFC) (di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatanatan Veterinar)

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan.

Melalui konsep ini, sumber makanan import (feeder import) akan dapat dikurangkan dan digantikan dengan sumber dari dalam negara secara berperingkat.

Dalam RMK-9, seluas 2,000 ha kawasan telah ditawarkan untuk pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. NFC mensasarkan pengeluaran sebanyak 2.8 ribu m.t kapasiti ternakan menjelang tahun 2010. Bagi ladang kontrak/satelit seramai 200 pengusaha disasarkan untuk kawasan TKPM dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16.8 m.t menjelang tahun 2010.

Bagi kontrak individu pula seramai 110 pengusaha dengan kapasiti pengeluaran 10 ribu m.t menjelang tahun 2010.

Pencapaian sehingga Julai 2009 menunjukkan prestasi keseluruhan program ini telah siap dibangunkan seluas 809 ha di NFC Gemas di mana pihak Kerajaan telah memberi bantuan infrastruktur asas seperti jalan ladang, bekalan air dan elektrik, kolam takungan, sistem saliran, tanaman foder dan pembangunan abatoir.

Sebanyak 6,000 ekor lembu sedang diternak dengan hasil output 4,150 ekor setahun. Manakala pengeluaran karkas adalah sebanyak 789.5 m.t setahun dengan nilai RM 9.5 juta. Bagi pembangunan ladang satelit pula, pihak JPV telah membangunkan 71 unit ladang satelitnya di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.

Hasil output adalah 1,337 ekor setahun dengan hasil karkas sebanyak 170.64 m.t setahun yang bernilai RM 1.5 juta. Walau bagaimanapun pembangunan 130 unit lagi ladang satelit oleh NF Corp. dijangka bermula pada pertengahan tahun 2010 atas sebab-sebab tertentu.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails