Saturday, November 26, 2011

PM Melayu : Bukan pendirian AMK, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat...

Sebelum ini ada yang sms bagitahu PM Melayu itu adalah satu strategi AMK.. Terkejut jugak aku bila dengar strategi macam tu, entah siapalah golongan pemikir Shamsul Iskandar tu.. Nampak lebih racist dari UMNO, mungkin datang dari Biro Perang Saraf UMNO tu,ya lah.. hanya yang datang dari Biro Perang Saraf UMNO saja yang tak boleh melupakan perkataan Melayu bila bercakap.

Nasib baik ada DS Anwar Ibrahim yang membela.. tapi kenapa perlu DSAI pula yang membela? Sebagai Ketua Shamsul Iskandar sendiri sepatutnya yang menjelaskan kepada Media akan kenyataannya itu! Bukan DSAI..


Sebelum korang baca kenyataan DSAI ni aku cadangkan korang baca dulu artikel di (SINI), supaya lebih memahami..

Anwar: PKR-PR tidak sokong pindaan perlembagaan untuk PM hanya Melayu

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa "pindaan perlembagaan untuk menjamin agar jawatan Perdana Menteri disandang hanya orang Melayu" sekadar cabaran Ketua Angkatan Muda Keadilan terhadap UMNO, dan ia bukan pendirian AMK, PKR malah Pakatan Rakyat.

"Sila baca ucapan Ketua AMK. Bukan pendirian Angkatan Muda, bukan pendirian Keadilan, bukan pendirian Pakatan Rakyat. Oleh kerana UMNO hanya bicarakan soal Melayu, dia cabar UMNO untuk meminda..." kata Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas Kongres Nasional Keadilan dirasmikan di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, pagi ini.

Turut ditemani Shamsul Iskandar Mohd Akin di sebelahnya, Anwar berkata, "Yang dia lontarkan itu challenge, cabaran kepada UMNO kerana UMNO bicara Melayu, Melayu, Melayu sahaja. Melayu atasan, bukan Melayu rakyat. Jadi, cabar, pindalah!"

Bagaimanapun, Shamsul Iskandar berdiam diri sepanjang sidang media yang diadakan bersama Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Azmin Ali dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Wartawan kemudian melontarkan soalan bahawa "pindaan perlembagaan memerlukan sokongan ahli parlimen Pakatan Rakyat", lantas Anwar menjawab, "Kita tidak akan sokong! Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar UMNO kerana UMNO bicara Melayu sahaja, itu pun kita pertikai, bukan Melayu rakyat. Bukan Melayu bawahan. Melayu atasan."

"Jadi mengapa PKR mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang bersifat perkauman..." Anwar menjawab sebelum wartawan sempat menghabiskan soalan, "Sebab dia sebut negeri ini hanya Melayu, ketuanan Melayu, dasar untuk Melayu, dia cuba kelirukan masyarakat Melayu. Jadi kita nak kata... itu strategi," beliau terus memperbetulkan, "Itu bukan strategi saya! Ini strategi Ketua AMK."

Wartawan memanjangkan soalan bahawa PKR seharusnya mencabar UMNO untuk melakukan sesuatu yang maju ke depan dalam pendemokrasian, Anwar bersetuju, "Betul, itu pendekatan. Ia sebenarnya menunjukkan apakah benar, konsisten...(UMNO). Kalau dia buat begitu, dia tidak akan kerana menang... dalam pindaan kerana kita tidak akan menyokong."

Sekali lagi Anwar menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong pindaan perlembagaan tersebut, "tetapi kita nak tengok apakah berani UMNO melakukan apa yang dilaungkan di kampung. Di kampung dia laungkan begitu, kalau begitu kita kata bawa ke parlimen! Tetapi bukan pendirian kita."

Anwar dibanjiri soalan apakah pendiriannya terhadap pendekatan strategi sebegitu, dan sama ada cabaran ini akan ditarik balik, "Tak timbul. Konteksnya apa, if you suggest to the Malay, it's a Malay country, it's Malay leadership, it's Malays' everything, then we challenge you..." Di sini sekali lagi Anwar cuba mengasingkan diri dari Ketua AMK, dengan memperbetulkan ia sebagai cabaran Ketua AMK.

Beliau menegaskan PKR-Pakatan tidak bersetuju dengan pindaan perlembagaan, sebaliknya bersetuju dengan peruntukan perlembagaan yang sedia ada. Bagaimanapun Anwar menambah, pendekatan strategi yang diambil tidak mengubah dasar Keadilan mahupun Pakatan Rakyat.

Sebelum sidang media tamat, Anwar diajukan soalan sekali lagi, seandainya UMNO menyahut cabaran Ketua AMK tersebut, bukankah Pakatan Rakyat akan dilihat tidak berani membela kuasa Melayu, jika mengambil pendirian tidak menyokong pindaan tersebut.

"Kalau you baca ucapan itu, dia kata ini bukan ukuran berkesan untuk membela Melayu. Dalam ucapan itu disebut, selepas cabaran itu, bahawa pimpinan itu mestilah pimpinan yang tidak rasuah, dan menjaga keadilan untuk semua rakyat. Jadi kita cabar, apa yang mereka kempen di kampung itu dia berani ungkapkan di parlimen. Kemudian, kalau dia buat, kita akan jawabnya dengan hujah ini. Kita tidak sokong kamu sebab kamu main sentimen kaum walaupun kaum Melayu tidak dibela."


Merdeka Review

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails