Saturday, November 5, 2011

Pemimpin UMNO Pulau Pinang Dalang Robohkan Rumah Kampung Melayu?

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pemimpin Umno adalah dalang di sebalik perobohan rumah penduduk kampung di Pantai Jerjak, Bayan Lepas.

Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang menegaskan, kerajaan negeri setakat ini tidak pernah merobohkan sebarang rumah tanpa memberikan pampasan yang sewajarnya.

Kenyataan ini sekaligus menafikan fitnah pihak pembangkang Pulau Pinang dan tindakan mereka yang sering memfitnah kerajaan Pulau Pinang sebagai anti-Melayu.


"Saya selalu difitnah anti-Islam oleh Umno dan anti-bukan Islam oleh Gerakan kerana menambah peruntukkan kepada majlis agama. Dengan ini, yang anti sebenarnya di sini tidak lain tidak bukan Umno sendiri.

"Tindakan ini tidak memberikan apa-apa kepada rakyat termasuk orang Melayu sendiri malah menunjukkan keangkuhan umno sendiri dalam usaha menangani isu kemiskinan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat berpendapat, tindakan tersebut tidak wajar dilakukan oleh sesebuah parti yang dipimpin oleh pemimpin Umno terutamanya rumah yang diroboh dihuni oleh mereka yang berumur 70 tahun.

"Kerajaan negeri akan cuba membantu mangsa dan tidak membenarkan sebarang permohonan syarikat pembangunan pemaju sehingga mangsa tidak diberikan sebarang pampasan yang sewajarnya dan ini prinsip perjuangan Pakatan Rakyat," katanya.

Ujar beliau, selama ini pihak kerajaan negeri akan berunding dengan semua pihak terutamanya pemaju sebelum membuat apa-apa keputusan terutamanya membabitkan perobohan mana-mana kawasan.

"Kita selalu berusaha untuk berunding. Biasanya pemaju sedia berunding seperti yang disebutkan tadi. Hanya mereka yang mempunyai kuasa sahaja tidak ingin berunding iaitu khususnya yang ada kuasa tidak lain tidak bukan yang menjadi pemimpin Umno. Itulah yang mereka rakus, angkuh dan tidak mahu berunding.

"Selalu kerajaan negeri dipersalahkan. Selalu saya sendiri yang kena. Semuanya tiada kaitan dengan kerajaan negeri dan kita lihat yang akhirnya buat perobohan adalah seorang pemimpin. Kita lihat di sini, yang roboh rumah kampung melayu adalah umno dan bukanlah kerajaan negeri," katanya.

Beliau percaya, rakyat Pulau Pinang akan tahu siapa yang sebenarnya merobohkan kampung Melayu adalah pemaju Umno sendiri.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails