Wednesday, November 23, 2011

Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh ADUN?



Apa hishamuddin cakap ni?? Ahad lepas dia kata kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau ini kerana mereka yang ditahan itu "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" .


Hari ini pula dia kata “Kumpulan ini mula muncul pada 2006 dan mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi telah anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka,”

Anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka.. tapi yang hairannya kalau dah dipatahkan rancangan tu.. mesti ada yang dah ditangkap.. tapi apa hal pulak sekarang baru ditangkap?

Baca kedua-dua laporan dibawah dan nilaikan sendiri..


*****************************

Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh Adun

KUALA LUMPUR, 23 — Seramai 13 suspek pengganas Darul Islam yang ditahan di Tawau, Sabah minggu lalu dipercayai anggota kumpulan yang pernah merancang mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tempatan.

Sumber-sumber pasukan antikeganasan dipetik The Star hari ini berkata, anggota kumpulan itu merancang untuk menjadikan seorang pegawai polis sebagai tebusan bagi membebaskan komrad mereka.

Menurut maklumat sumber itu, kumpulan tersebut telah menjalani latihan gerila di Sulawesi, Indonesia dan telah diajar untuk menghasilkan bom.

Ketua kumpulan mereka Abdullah Omar ditahan di Indonesia Julai lalu.

“Kumpulan ini mula muncul pada 2006 dan mahu membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi telah anggota antikeganasan telah mematahkan rancangan mereka,” kata sumber itu lagi.

Akhir minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mendedahkan kumpulan 13 individu sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing “tidak takut mati” dan “mahu mati jihad” amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

“Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai “amat serius” dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

“Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar,” katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka - The Malaysian Insider


*****************************


13 Ditahan ISA Di Tawau Amat Bahaya - Hishammuddin

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau.

Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

"Kumpulan ini tidak takut mati dan sememangnya mereka mahu mati dalam jihad," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama pemimpin Parlimen Semberong di Felda Bukit Tongkat di sini, Sabtu.

Beliau yang juga anggota Parlimen Semberong menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

"Ada (senjata yang ditemui), bukan sedikit dan senjata itu dari (negara) luar," katanya, membuktikan kumpulan individu itu amat berbahaya.

Menteri Dalam Negeri itu turut mendedahkan operasi yang dilaksanakan oleh 13 individu yang ditahan tersebut melibatkan tiga buah negara, tetapi beliau tidak mendedahkan ketiga-ketiga negara terbabit.

Beliau juga berkata, kumpulan terbabit juga menjadikan beberapa tempat dan individu sebagai sasaran mereka.

"Ia melibatkan tiga negara, dengan ada negara tertentu di mana mereka mendapatkan latihan ketenteraan, ada negara dijadikan tempat perancangan dan ada negara di mana tempat serta individu tertentu dilihat sebagai sasaran mereka," katanya.

Dua hari lepas, Hishammuddin berkata beliau ke Indonesia untuk melihat dengan lebih dekat tentang rangkaian kumpulan ini di Malaysia dan negara-negara jiran.

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memerangi sebarang kegiatan keganasan secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu ia dipolitikkan. BERNAMA

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails