Friday, November 25, 2011

Kongres KeAdilan : Sayap Wanita, AMK mula bersidang



JOHOR BAHRU 25 Nov: Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-8 bermula pagi ini di Pulai Spring Resorts, dekat sini.


Dengan tema ‘Demi Rakyat’, seramai 2,534 perwakilan dan 1,055 pemerhati dijangka berkampung di sini untuk berkongres selama tiga hari sehingga Ahad ini, 27 November.

Perwakilan-perwakilan mula membanjiri resort seawal jam 8.30 pagi tadi.

Jelas kelihatan di wajah masing-masing keghairahan untuk berkongres dan bertemu rakan seperjuangan dari seluruh negara.

Kelibat pimpinan utama yang hadir awal ke khemah sarapan pagi perwakilan juga mencuri tumpuan perwakilan.

Antara yang kelihatan adalah Naib Presiden, Fuziah Salleh; Ketua AMK, Shamsul Iskandar dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Hari pertama Kongres hari ini menyaksikan sayap Wanita dan AMK mula bersidang sebelum Kongres Nasional bermula esok.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kongres Wanita dan AMK.

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said juga dijangka mendeklamasikan sajak beliau bagi memeriahkan kongres ini.

Kongres KEADILAN Nasional Tahunan Wanita dan AMK kini secara rasminya bermula.


http://www.keadilandaily.com/?p=23411

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails