Thursday, November 24, 2011

Kalah punya pasal.. Laman Web 1Malaysia digodam Hacker Indonesia..


Suatu masa lalu apabila sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber..


Berkatalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.

"Kita sudah memaklumkan serangan ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya .. laporan penuh sila baca di ( SINI )

Pagi ini.. seorang sahabat melaporkan..

LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam.

Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam".

Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia.

Di bawah ini screenshot yang sempat diambil beliau ketika melayari website http://www.1malaysia.com.my/".


Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia.


Kenapa pula masih boleh digodam sedangkan Rais telah berkata telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)?

Mungkinkah MAMPU itu tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya?

Apa kata Rais Yatim?

Sumber info : Milo Suam

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails