Monday, November 14, 2011

Isu Fidlot : SPRM tidak boleh siasat?



Tidak sampai setahun Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor beliau telah dituduh terlibat dalam rasuah.


Beliau telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih kemudiannya.

Dan Teoh Beng Hock pula disiasat oleh SPRM hingga beliau membunuh diri? Berikutan dakwaan penyelewengan tuntutan RM3,000 bagi tujuan pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Kes pertama ianya melibatkan pemimpin PKR manakala kes kedua pula ianya melibatkan petugas dari DAP.. Dan dibawah pula ialah kes yang melibatkan pemimpin UMNO…


NFC: SPRM tak boleh siasat kes beli kondo, serah kepada polis
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

“Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009,” kata suruhanjaya.

Kenyataan itu berkata SPRM ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan NFC dan satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

“Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Pengadu telah pun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM,” kata kenyataan itu lagi.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails