Monday, November 14, 2011

Isu Fidlot : Kenapa orang-orang Nong Chik dikatakan bertepuk tangan gembira?



Seorang ahli Pergerakan Wanita Umno, yang memegang potfolio yang tidak kurang penting dalam pergerakan itu telah mendakwa semenjak timbulnya isu Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abd Jalil para penyokong atau orang-orang Raja Nong Chik bertepuk tangan kegembiraan.


Ini kerana selain Sharizat yang dianggap sebagai calon tradisi di parlimen itu, nama lain yang disebut sebagai calon ialah Menteri Pembangunan Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Aku kurang pasti mengapa orang-orang Nong Chik sudah mula yakin bahawa Shahrizat tidak akan lagi dicalonkan berikutan kontroversi Pusat ‘Feed The Lord’ Kebangsaan itu, kerana hingga kini baru dua pendedahan tentang penyelewengan dana untuk projek tersebut didedahkan.

Dalam pendedahan pertama, Rafizi dari KeAdilan telah telah mendedahkan pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

Dan Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Rafizi juga telah mendakwa Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Pendedahan kedua pula KeAdilan mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka.

Transaksi pertama RM699,870.00, transaksi kedua melibatkan RM694,150.00, ketiga RM4,199,220.00 manakala yang ke empat RM4,164,900.00 menjadikan jumlah keseluruhannya ialah RM9,758,140.00.

Keseluruhan transaksi telah dibuat pada hari yang sama iaitu pada 2 Disember 2009.
Menurut Rafizi pendedahan berikutnya akan dilakukan dalam minggu yang akan datang, bersamalah kita nantikannya.

Berbalik kepada orang-orang Nong Chik yang kini bertepuk tangan gembira itu..

Selain dari menyedari bahawa Kerusi Parlimen Lembah Pantai sukar untuk dipertahankan oleh Nurul Izza berikutan pertambahan mendadak undi pos dari sebanyak 149 undi pos direkodkan pada 26 September 2011 kepada 2180 pengundi pada 2 November 2011 iaitu peningkatan 1,363 peratus.

Mungkin mereka tahu agaknya bahawa dengan RM257 Juta dana untuk Pusat ‘Feed The Lord’ Kebangsaan banyak perkara lagi boleh dilakukan selain dari makan angin dan membeli Kondominium.



Dengan dua pendedahan dilakukan mereka sudah gembira bagaimana agaknya perasaan mereka menyambut pendedahan-pendedahan seterusnya.

Aku juga difahamkan pihak KeAdilan melakukan pendedahan berdasarkan transaksi lengkap account National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang diperoleh mereka dari sumber yang terpaksa dirahsiakan demi menjaga kepentingan pemberi maklumat.

Adakah orang-orang Nong Chik tahu apa yang akan didedahkan seterusnya?.. hanya mereka yang mampu menjawabnya…



Khairy yang tidak ada kena mengena dengan projek ini tiba-tiba melantik dirinya sendiri sebagai jurucakap National Feedlot Corporation, kelihatan sibuk mempertahankan Shahrizat.

Sebenarnya beliau telah menutup ruang Shahrizat untuk menafikan dakwaan pembelian Kondominium bernilai RM9,758,140.00 itu.

Ini kerana tak tahu dari mana sumber yang beliau dapat, Khairy mengatakan bahawa pembelian Kondominium tersebut adalah satu pelaburan oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Satu kenyataan yang menjelaskan bahawa memang benar Keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk National Feedlot Corporation.

Apa tujuan Khairy?.. mahu menyelamatkan atau membantu membunuh karrier politik Shahrizat?

Ada juga yang berkata Khairy lantang dalam isu ini kerana ladang National Feedlot Corporation terletak dalam kawasan Parlimen sepupunya sendiri, Dato Shaziman Mansor, Menteri Kerja Raya.

Adakah kita sedang menyaksikan satu acara cantas mencantas di dalam UMNO menjelang Pemilihan Agung UMNO sekarang ini?

Cantas untuk membunuh karrier politik seseorang dengan meminjamkan pisau kepada pihak lawan..

Memang dahsyat budaya cantas mencantas dalam UMNO Baru ini… sanggup membekalkan senjata kepada musuh untuk membunuh sahabat yang menghalang matlamat.

Berita berkaitan sila baca di SINI

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails