Tuesday, November 15, 2011

Isu Fidlot : Bung Mokhtar mahu Shahrizat letak jawatan (Video Inside)



Sebelum ini, kita telah menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menafikan hak Shahrizat untuk membuat penafian atau membela dirinya sendiri tentang dakwaan pihak KeAdilan terhadapnya tentang pembelian Kondominium Mewah yang nilainya hampir mencecah RM10 Juta.


Khairy telah mengakui bahawa pihak National Feedlot Centre (NFC) telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk NFC untuk membeli Kondominium itu.. - sila baca di (SINI).

Petang semalam pula Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin meneruskan serangan terhadap Shahrizat dengan memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Saksikan video dibawah.. dengarkan berapa ramai yang setuju dengan Bung Mokhtar.. hanya pencacai UMNO saja yang tak nampak penyelewengan ini..



Pendapat aku.. sepatutnya bukan Shahrizat seorang yang didesak meletak jawatan tetapi Menteri yang mempertahankan Projek ini juga.. begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO yang jelas cuba memperbodohkan rakyat dalam hal ini..

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails