Sunday, November 20, 2011

Debat NFC: Khairy masih tunggu surat Rafizi?

Photobucket

Dah agak dah... surat jemputan di atas dah Rafizi hantar melalui melalui faks, email dan pos laju kepada Khairy di alamat ibu pejabat UMNO 18 November 2011 tapi 19 November 2011 Lidah Rasmi UMNO melaporkan.. korang baca kat bawah..


Debat: Khairy masih tunggu surat Mohd. Rafizi

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.

Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat.

“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat).

“Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima,“ katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini.

Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat.

Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails