Tuesday, November 15, 2011

Dari mana anak Najib peroleh RM1.7 juta beli saham?



KUALA LUMPUR 15 Nov: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoalkan dari mana anak perdana menteri memperoleh wang sebanyak RM1.69 juta untuk membeli saham sebuah syarikat pembalakan.


Menurut Shamsul, anak lelaki kepada Datuk Seri Najib Razak itu bukan ahli perniagaan terkemuka, malah kemampuannya memiliki jutaan ringgit juga dipersoalkan dalam usia yang muda.

“Tentunya penglibatan anak Najib menimbulkan persoalan dan tandatanya. Mana mungkin seorang anak PM dalam usia yang masih muda mampu membeli saham jutaan ringgit kalau tidak kerana elemen penyalahgunaan kuasa Najib sebagai PM, dan juga elemen proksi serta kronisme yang diamalkan,” kata Shamsul.

Minggu lalu, Keadilan Daily melaporkan Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit dan memiliki 1.19 peratus kepentingan dalam Harvest Court Industries Bhd, .

Tindakan itu melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham selepas Nazifuddin dilantik sebagai ahli lembaga pengarah, bersama rakan perniagaannya, Raymond Chan Boon Siew,39.

Kedua-dua mereka dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Harvest, 28 Oktober lalu iaitu 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court dengan memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Semalam, saham syarikat itu dilapor kembali melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sebelas tahun

Harga saham syarikat berkenaan mencecah RM2.14 kira-kira jam empat petang, atau lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan bulan lalu, sebelum ditutup pada RM2.13.

Menurut Shamsul, berita penglibatan anak Najib dalam pembelian saham itu juga timbul selepas pendedahan mengenai projek lembu yang diberikan kepada keluarga menteri dengan dana RM250 juta.

“Ini adalah perkara yang memperkukuhkan lagi apa yang disebut Pakatan Rakyat sebelum ini, bahawa kekayaan negara hanya berlegar di kalangan pemimpin dan keluarga pemimpin.

“Ia merupakan satu keadaan yang membimbangkan, malah tidak keterlaluan untuk kita simpulkan bahawa perlakuan rasuah dan salahgunakuasa ini sudah tidak oleh diselamatkan lagi di bawah kerajaan Barisan Nasional,” tegas Shamsul.

Tambah beliau, laungan perdana menteri bahawa rakyat didahulukan juga adalah satu bentuk hipokrasi, di mana yang jelas diutamakan ialah kepetingan keluarganya dan bukan rakyat.

“Saya mendesak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian dengan memulakan siasatan segera terhadap anak Najib terutamanya kemampuan beliau membeli saham jutaan ringgit,” kata Shamsul.


http://www.keadilandaily.com/?p=22965

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails