Thursday, November 10, 2011
DAP mahu kurangkan Kakitangan Awam? Propaganda Bodoh Utusan dan UMNO tu...
Lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia dan juak-juaknya seperti biasa terus-menerus mengamalkan fitnah dan dasar propaganda songsang serta tidak beretika dalam mempersenda dan mengelirukan agenda politik Pakatan Rakyat, khususnya DAP.
Kerja silap mata Utusan kali ini ialah dengan menggunakan kakitangan awam sebagai perisai manusia dalam meneruskan agenda politik kotornya, tidak kira sama ada direstui oleh UMNO dan Barisan Nasional, atau tidak.
Propaganda murahan Utusan UMNO
Sejak beberapa hari lalu, organ parti UMNO itu melaporkan kononnya DAP, apabila mendapat kuasa bersama Pakatan Rakyat, mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak cekap atau tidak produktif.
Tidak ada sebarang keganjilan dalam kenyataan yang dikatakan dibuat oleh DAP itu, kecuali jika dibaca bahawa majoriti besar kakitangan awam adalah orang Melayu. Maksud Utusan jelas – jika Pakatan Rakyat berkuasa, maka kuasa politik orang Melayu akan terhakis.
Sama ada munasabah atau tidak – seperti fitnah Utusan kononnya DAP yang mana majoriti ahlinya adalah kaum Cina yang berkepercayaan Buddhisme dan Taoisme dituduh mahu menubuhkan Negara Kristian – Utusan tidak peduli itu semua.
Asalkan mereka sangka emosi orang Melayu boleh dibangkitkan untuk membenci DAP, mereka akan melakukan apa sahaja kerana matlamat telah menghalalkan cara Utusan.
Dakwaan-dakwaan akhbar kawalan UMNO-BN ini begitu licik sekali, mereka masih merasakan bahawa masyarakat Melayu masih bodoh, dungu, bebal seperti tuan-tuan politik mereka.
Bagi rakyat termasuk kakitangan awam yang mempercayai bulat-bulat dakwaan Utusan UMNO ini, sewajarnya mereka bertenang, duduk sebentar dan gunakanlah otak yang Tuhan kurniakan untuk setiap hambanya. Otak orang Melayu tidak banyak bezanya dengan otak bangsa-bangsa lain di dunia.
Apa yang sebenarnya diperkatakan
Apa yang dipetik oleh Utusan tentang ‘kenyataan’ Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua tentang saiz perkhidmatan awam adalah sebenarnya adalah pandangan yang dikemukakan dalam dialog mengenai Bajet 2012 anjuran Pemuda DAP Johor di Johor Baru pada 31 Oktober lalu.
Dalam penjelasannya sewaktu dialog itu, Pua menyatakan bahawa dasar kerajaan pada pertengahan 1980-an sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri adalah untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam daripada sekitar 800,000 kepada 500,000. Yang dilakukannya ialah memperkenalkan dasar pengswastaan.
Mungkin Utusan lupa bahawa ia adalah antara akhbar yang ghairah menyokong Dr Mahathir sehingga mencanangkan bahawa pengswastaan itu baik untuk rakyat, khususnya orang Melayu. Utusan tidak pula menuduh usaha Mahathir sebagai “tak berasas”, “tak rasional” dan “mempunyai agenda politik” sebagaimana yang dilontarkan kepada DAP sekarang.
Pua menjelaskan lagi bahawa walau pun Mahathir yang membawa usaha mengempiskan saiz perkhidmatan awam, di hujung era pemerintahannya jumlah kakitangan awam terus meningkat sehingga menjadi lebih 1 juta orang.
Apa masalahnya bila kakitangan awam terlalu ramai? Seperti yang berlaku di negara-negara komunis dan fasis yang menentang sistem pasaran, kerajaan terpaksa menyediakan semua pekerjaan dalam sektor awam kerana tiada banyak ruang untuk pihak swasta bergerak bebas.
Apabila saiz perkhidmatan awam terlalu besar, perbelanjaan mengurus melambung naik. Tidak ada cara lain kecuali dengan menaikkan cukai, sama ada cukai pendapatan, cukai korporat, cukai perkhidmatan telefon prabayar, perkhidmatan telefon bimbit, perkhidmatan TV satelit dan sebagainya untuk “menyara” perkhidmatan awam.
Itulah yang Pua maksudkan dalam penjelasannya. Malah tiada apa yang baru dikemukakan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu selain menyebut semula apa yang Mahathir usahakan (walau pun tidak dilaksanakan sepenuhnya) sepanjang era kebangkitan ekonomi Malaysia pada awal 1990-an.
Jika Utusan tidak melihat apa-apa cacat-cela usaha Mahathir, mengapa DAP pula menjadi sasaran kerana menyuarakan perkara yang sama? Tidak lain dan tidak bukan kerana kaca mata Utusan hanya nampak warna kulit, kaum, ras dan bangsa.
Taktik yang mengandaikan orang Melayu itu dungu
Utusan yang beroperasi sebagai penyebar fitnah mahu menakutkan orang Melayu walau pun menyedari hakikat DAP dengan sedikit kekuatan politik yang ada tidak akan mampu menubuhkan kerajaan.
Jika benarlah menerusi pilihan raya, DAP boleh menang 100 peratus sekali pun, parti ini tidak akan menjadi parti yang dominan seperti UMNO dalam BN. Malah semua orang tahu DAP tidak mungkin berpeluang bertanding lebih dari 50 kerusi Parlimen – mengikut formula Pakatan yang ada setakat ini – daripada jumlah 222 kerusi Parlimen yang ada di Malaysia.
Maksudnya kalau DAP menang semua kerusi Parlimen pun, ia hanya menguasai lebih sedikit daripada 20 peratus jumlah kerusi Dewan Rakyat. Adakah Utusan cuba mengajar ilmu matematik baru kepada orang Melayu bahawa siapa yang mendapat 20 peratus akan lebih berkuasa daripada mereka yang mendapat lebih dari itu?
Dasar DAP bukanlah dasar perkauman seperti UMNO, MCA atau MIC. Justeru, bagi parti berbilang kaum ini, ia tidak akan mampu mewujudkan kuasa majoriti yang berasaskan sesuatu kaum. Amalan ini juga menjadi dasar Pakatan Rakyat, iaitu perkongsian kuasa.
Dengan itu, DAP tidak mampu bertanding di semua kawasan majoriti orang Melayu terutamanya di peringkat Parlimen. Ini juga cerminan realiti politik Malaysia.
Semua orang juga tahu adalah mustahil DAP dapat mentadbir berseorangan dalam kerajaan hingga mampu menghakis kuasa politik orang Melayu. Yang benar-benar mampu menghakis kuasa Melayu ialah pimpinan Melayu yang benar-benar mempunyai kuasa tetapi khianat kepada amanah orang Melayu.
Hakikatnya, bukan DAP atau Gerakan, PPP, MCA, MIC, PBB, PBS, PBRS, SPDP, LDP, UPKO yang mampu atau boleh menghakis “hak” Melayu.
Jadi di mana punca kuasanya hingga ada dakwaan mengatakan, jika DAP menang mereka akan melupus kuasa politik bangsa Melayu? Di mana?
Jika kita nak memutarbelitkan kenyataan atau fakta sekalipun, biarlah ada lojiknya. “..Jangan hentam keromo..takut-takut nak tarik ular lidi tertarik naga”! Bak kata M.Nasir dalam karyanya.
Utusan-UMNO menolak lojik
Kini jelas bahawa DAP tidak akan mampu menguasai politik tanah air, ia tidak akan mampu berbuat sama sekali, sekali pun jika ada segelintir pemimpin DAP mahukannya.
Inilah budaya DAP, rasional dan waras dalam memahami demografi politik Malaysia. Peranan DAP sangat jelas iaitu berkolaborasi dengan PAS dan PKR dalam mewujudkan demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Itu sahaja.
Mungkin selepas ini juak-juak Utusan UMNO akan menjolok pula isu seperti “kalau dah tau tak boleh menguasai politik dan jadi pemerintah, mengapa pula nak bertanding”. Jika inilah ungkapan mereka, kita akan beri jawapan yang paling manis untuk Utusan-UMNO, “biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya…biarkan”.
Jika sudah jelas bahawa penguasaan politik Melayu tidak akan mampu dihakis oleh DAP, sama jugalah halnya dengan dakwaan DAP mahu ‘menendang’ keluar kakitangan awam yang majoritinya berbangsa Melayu.
Ini tidak akan terjadi sama sekali kerana faktor yang sama. Malah menurut pandangan Prof. Dr Aziz Bari, beliau dengan jelas mengatakan bahawa kakitangan awam ini dilindungi oleh Perlembagaan.
Mana mungkin ada kuasa yang sewenang-wenangnya mengubah Perlembagaan. Namun, semua pandangan ini terus diputar belitkan oleh Utusan-UMNO.
Belajarlah memahami demokrasi
Pada asalnya, hujah tentang mutu perkhidmatan awam yang dibahaskan hanyalah soal dasar dalam aspek pembangunan kualiti perkhidmatan awam, baik sumber manusianya, latihan dan amalan budaya kerja dalam perkhidmatan tersebut.
Perbincangan seperti ini sudah semestinya akan wujud perbezaan pendapat, perbezaan kaedah dan pendekatan. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang menentang. Inilah asas yang menyuburkan dan menghidupkan amalan demokrasi.
Semua dasar dan perancangan harus didebat, dibincang dari pelbagai aspek. Fikir dan berhujahlah atas dasar menghidupkan demokrasi dan menyubur intelek.
Utusan menyimpang jauh dari pokok asal perbincangan tentang perbahasan untuk meningkatkan mutu kakitangan awam, sebaliknya menukar isu pokok menjadi isu sentimen bangsa. Selepas ini, tidak mustahil ia akan berjangkit menjadi isu kuasa ummah dan daulah Islam, dan segala macam isu yang bukan-bukan lagi.
Bagi Utusan-UMNO, dalam hal seperti ini, apa yang penting propaganda mereka sampai kepada pengundi.
Ingin sekali kita beritahu bahawa jika selepas ini UMNO terus berkuasa dengan “nasihat” dan “tunjuk ajar” Utusan, Malaysia akan jatuh merudum. Masa itu kita semua sebagai rakyat yang akan menanggungnya.
Roketkini.com
Archive
-
▼
2011
(2602)
-
▼
November
(194)
- Dengan pendedahan terbaru ini.. Shahrizat bolehlah...
- Video : Shahrizat Tunjuk Muka Garang...
- Lisa Surihani di Perhimpunan Agung UMNO.
- Muhyiddin! kalau panik pun janganlah tunjukan sang...
- APA?? Shahrizat nak selak kain?
- BONGKAR!! Modus operandi TV3 sebar FITNAH didedah!...
- Muhyiddin mahu ahli Umno jihad pertahan kuasa Mela...
- Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan.....
- Ahmad Maslan macam Hitler, ‘lidah bercabang’ dan.....
- Akta Himpunan : Najib jadikan Zimbabwe, Myanmar se...
- Gambar : Ribuan Peguam dan orang ramai berhimpun b...
- PANAS!! Najib arahkan fitnah disebar untuk burukka...
- Faktor ekonomi mungkin paksa Najib panggil PRU-13 ...
- Video Ucapan DSAI di Kongres Nasional Tahunan ke 8...
- PANAS!! Najib diugut Peneroka Felda..
- Konsesi Tol : Guan Eng cabar Nor Mohamed Yakcop be...
- Najib akui UMNO bakal kehilangan kuasa..
- Video : Pengerusi Felda menghina Ketua Peneroka Fe...
- Monorel Melaka hadapi masalah lagi!.. sungguh mema...
- Antara janji kongres PKR dan 16 September
- Mengapa Pakatan Rakyat sukar tawan Putrajaya
- Teruskan Berjuang Walaupun Saya di Penjara - Anwar...
- UMNO ancam kepentingan Melayu, bukannya DAP
- Wanita UMNO hanyalah 'Lembu-lembu yang dicucuk hid...
- Taktik Anwar selamatkan diri
- Jika Gunung boleh dicuri, nescaya gunung dicuri me...
- PM Melayu : Bukan pendirian AMK, bukan pendirian K...
- PM Melayu : Strategi bodoh Shamsul Iskandar?
- Myanmar luluskan 'Akta Perhimpunan' yang lebih bai...
- Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul...
- Bodohkah saya? tanya Anwar
- Wahai Samsul Iskandar.. BERSIH bukan untuk membela...
- Tipu 686 Pembeli Rumah Kos Rendah : "Mohd Yatim Da...
- Mahkamah Philipine arah Kroni Aquino serah tanah k...
- Air di Sabah.. sudahlah mahal, tak cukup pula..
- Azmin ikrar akan pertahankan Anwar.
- MB Johor arah pihak berkuasa halang ceramah PKR?
- Anwar terus burukkan Malaysia
- Kongres KeAdilan : Sayap Wanita, AMK mula bersidan...
- Akta baru perhimpunan aman sekat rakyat berhimpun?...
- GEMPAR!! Lembu Menangis kerana permohonan ke Fidlo...
- Air : Utusan sangka rakyat Kelantan bodoh macam pe...
- Selepas monorel, roller coaster pula jadi hiasan d...
- Masalah air di Kelantan, Muhyiddin hanya nampak ku...
- Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh - Hishamudd...
- Kalah punya pasal.. Laman Web 1Malaysia digodam Ha...
- Scandal Fidlot : SPRM, polis jangan ‘double standa...
- Dokumen yang membuktikan Satim Diman adalah Pengkh...
- 13 Laporan Polis dibuat terhadap Shahrizat dan Sua...
- Kementerian Kesihatan arah sos tiram 1M'sia ditari...
- Isu Fidlot : Perjanjian dibuat 2010 tapi duit dah ...
- Ibrahim Ali minta nyawa..
- Rasuah di Malaysia, Firma Perancis didenda RM133 J...
- Kumpulan 13 ditahan ISA di Sabah rancang bunuh ADU...
- 22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran.. tipu pinja...
- Knologi Peristiwa Loji Nadir Bumi Bukit Merah yang...
- Kalah bola, pelajar Malaysia di Indonesia diugut b...
- Kalah punya pasal.. penyokong Indonesia edit gamba...
- Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan
- Lelaki Lembut lawan 8 lelaki yang cuba meliwatnya....
- Isu Fidlot : Wanita Pakatan buat laporan polis
- Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC
- Salim Parlan akhirnya mengaku berkhalwat
- Air Kelantan terkotor?.. bukan Kelantan tapi Perli...
- Video saat-saat Malaysia kalahkan Indonesia 5-4......
- 'Lapangan Terbang Haram' di Hulu Bernam?
- Utusan guna Air Kelantan untuk bersih Najis Lembu ...
- BODOHnya kenyataan Timbalan Menteri dari UMNO ni.....
- NFC biaya RM31,580 pakej umrah Suami dan anak Sha...
- Belum lawan, Tapi YAHOO sudah lapor Malaysia kalah...
- Selangor tak turut bubar DUN, buatkan UMNO gelabah...
- Cityliner Rugi RM300 Juta.. yang untungnya siapa a...
- Najib hargai Blogger Pro UMNO/BN.. termasuk yang s...
- Isu Fidlot : Kongres Melayu Pulau Pinang cabar Sha...
- PANAS!! Mahathir dedahkan kenapa Mamak menguasai U...
- Debat NFC: Khairy masih tunggu surat Rafizi?
- Dokumen, Bukti UMNO/BN peralat bantuan RM100 untuk...
- Isu Fidlot : Mampukan UMNO/BN memperbodohkan rakya...
- Rosmah beli Bracelet bernilai US$55,000.00 ?
- NFC akhirnya mengaku…
- Surat Jemputan Debat dari Rafizi kepada Khairy..
- Wang bantuan sekolah RM100 diberi di pejabat UMNO?...
- Ezam kata dia keluar PKR bukan kerana Wang dan Ja...
- Scandal Fidlot lambang transformasi Najib..
- Parlimen Jerman sifatkan kes Liwat 2 sebagai cubaa...
- Pakatan Rakyat Jangan mimpi hendak tawan Melaka - ...
- Lagi penyelewengan dan salah guna kuasa Khir Toyo ...
- Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH ...
- Pengerusi NFC sahkan dana NFC diguna untuk beli Ko...
- Isu Fidlot : Polis belum terima laporan dari SPRM ...
- Survey kata hanya Pencacai UMNO yakin BN mampu taw...
- Survey kata Guan Eng lebih dihormati dari pemimpin...
- Hapuskan ISA? Terbukti kini, Najib hanya bersandiw...
- Najib kata tanah Orang Asli dilindungi.. tapi....
- Transaksi yang perlukan penjelasan dari Shahrizat....
- Debat Isu Fidlot : Jawapan Rafizi kepada Khairi
- Adik Najib dapat Projek lagi??
- Isu Fidlot : Datuk Seri Shaziman Mansor dan Zulhas...
- Khairi Sedia Debat dengan Rafizi.. tapi...
- Sos cili 1Malaysia merbahaya!!
- 2 letupan cemari ceramah Anwar di Johor..
- Penyelewengan Satim Diman dan BN Selangor dalam ju...
- Gambar : Artis Kita yang semakin berani...
- Lagi pemimpin UMNO desak Shahrizat letak jawatan
- Isu Fidlot : Pak Lah dan Muhyiddin muncul membela ...
- Dari mana anak Najib peroleh RM1.7 juta beli saham...
- Zahid Hamidi ke Makkah dengan Jet Peribadi..
- Khairy yakin UMNO boleh menang banyak di Pulau Pin...
- Jamil Khir hanya mengampu bukannya membantu?
- Isu Fidlot : Bung Mokhtar mahu Shahrizat letak jaw...
- Di Kedah, PAS dituduh jual tanah Wakaf.. Tapi di S...
- Azman Mokhtar dan Tony Fernandes tipu rakyat - Bun...
- 180 keluar PKR cerita BOHONG!
- Isu Fidlot : SPRM tidak boleh siasat?
- Kes seleweng wang zakat ni, Bila Jamil Khir nak ja...
- Bapa Bob Lokman saran Bob tukar nama..
- Tudung Rosmah diterbangkan angin di Hawaii? (Gamba...
- 180 ahli PKR masuk UMNO, Cabang Petaling Jaya Sela...
- Isu Fidlot : Bukan mahu serang Shahrizat tapi kami...
- Isu Fidlot : Kenapa orang-orang Nong Chik dikataka...
- Langkah bawa Felda ke Bursa umpama ‘gali kubur’ pe...
- Isu Fidlot : Ada Blogger yang telah dibayar untuk ...
- Khairy! Jangan jadi bodoh macam lembu bila pertaha...
- UMNO peralat budak Sekolah buat kecoh..
- Rumah Saifuddin Vs Rumah Pemimpin UMNO
- Lynas : MB Pahang silap fakta atau memang mahu aut...
- Khairy nasihati diri sendiri?
- Utusan harus kekal sebagai payung Melayu?
- Perhabis RM10 bilion tapi rakyat tidak dapat faeda...
- Pemandu lori berang Polis sebut "Pukimak"
- PERKASA Pulau Pinang bantah khidmat Bas Percuma......
- Najib lebih popular banding Anwar - Kajian PKR
- 11.11.11 Parlimen Bubar? Siapa kata?
- Alasan Khairy tak masuk akal – Rafizi
- Selangor sahut cabaran Noh untuk urus Pusat Fidlot...
- Pusat Fidlot dah jadi Syarikat Pelaburan pulakdah....
- Najib buat apa pulakdah ni??
- SPRM serbu Petronas.. Shahrizat pula bila??
- Anak Adun UMNO Melaka didapati bersalah miliki dad...
- Lembu Shahrizat lebih mahal dari lembu Wagyu..
- DAP mahu kurangkan Kakitangan Awam? Propaganda Bod...
- Scandal Fidlot : KeAdilan ada bukti, Shahrizat bol...
- Penjelasan kenapa Najib selesai Haji awal oleh Jam...
- Scandal Fidlot : NGO buat laporan SPRM
- Scandal Fidlot : Adakah Lembu akan tinggal di Kond...
- PANAS!! Keluarga Shahrizat guna RM9.8 Juta Wang Ra...
- Muhyiddin tak sedar diri?
- PANAS!! Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.6...
- Keluarga saya BERHAK dapat Projek Fidlot kata Shah...
- Kedai Rakyat 1Malaysia: Projek Najib yang indah kh...
- Najib perlu dikorbankan demi survival UMNO/BN - Ah...
- Najib tinggalkan perkara wajib haji- Ustaz Shamsul...
- Lynas : Fakta yang rakyat patut tahu..
- Projek Fidlot @ Feed The Lord : Apa kata Bekas ADU...
- Pendedahan lengkap penyelewengan Projek Fidlot @ F...
- UMNO hanya ada isu seks, seks dan seks untuk kekal...
- Boleh Percaya ke Noh Omar ni?
- Sebab Rosmah dan Najib selesai Haji lebih awal..
- RM426.5 Juta untuk Parlimen Pakatan tu dah diberi ...
- Bajet Wang Luar Jangka RM1.4 bilion lesap.. siapa ...
- Projek Fidlot: Najib Bohong lagi?
- Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar ...
- DAP mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam?.. Si...
- Najib dan Rosmah selesai tunai ibadah haji?.. Muft...
- Siapa kata Anwar Tidak Korban Seekor Lembu pun?
- Tariff Elektrik nak naik lagi?
- Tunai haji di Mekah tapi amal rasuah di Malaysia
- Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua...
- Pemimpin UMNO Pulau Pinang Dalang Robohkan Rumah K...
- PPSMI : Muhyiddin buat 'U' Turn...
- Akhbar Australia buat pembetulan
- PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga
- Isteri saya tidak beli apapun barang kemas, Najib ...
- Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.....
- Kisah Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang tak tahu ad...
- Noh Omar Bohong!! Pintu pusat Feedlot Shahrizat di...
- Cari Kerja Lain?.. Sepatutnya Muhyiddin bukan Maha...
- Miss Transgender Malaysia 2011?.. Mana Jabatan Aga...
- Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah....
- Video : Demo Mat Rempit minta Litar Lumba..
- Mat Rempit keliru antara perkataan Racist dan Raci...
- Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah? Jawapan buat pe...
- Dulu Pak Lah... Kini Najib...
- GST perlu kerana dunia dah maju?
- Dalam pertahan, Najib akui Projek Lembu Shahrizat...
- Malaysia masih ada risiko jadi muflis - Idris Jala...
- Bukti, UMNO dah lama bersahabat dengan Israel..
- Menteri Pertanian pun bodoh jugak?.. Projek Gagal ...
- Usaha gigih Nallakarupan menghentam Anwar dihargai...
- Ahli UMNO memang kaki PORNO akui anggota Pemuda Um...
- BN nafi dalang demonstrasi di Pulau Pinang
- Banglo Khir Toyo RM3.5 Juta?
- Bodohnya Menteri ni... lain ditanya, lain dijawab....
- Najib dan Rosmah tiba di Tanah Suci ..
-
▼
November
(194)

