Sunday, November 20, 2011

Cityliner Rugi RM300 Juta.. yang untungnya siapa agaknya?



Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di enam negeri bulan depan bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.


Sungguh menghairankan.. bagaimana sebuah syarikat yang boleh dikatakan memonopoli pengangkutan awam di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas boleh mengalami kerugian sedemikian besar?

Siapa yang untung sebenarnya? Ada orang kata yang untung disini ialah pembekal bas untuk Cityliner.. yang membekalkan bas itu ialah kaum kerabat Pak Lah..

Ini kerana suatu masa lalu syarikat milik Khazanah Nasional ini dikatakan telah memesan jumlah bas yang besar dari Syarikat Kroni Pak Lah (baca kroni UMNO) oleh kerana jumlahnya berada diluar keupayaan Syarikat Kroni Pak Lah itu, mereka terpaksa mengimport bas dari China...

Nak tahu lebih lanjut bacalah di SINI


Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan

KOTA BARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang “hitam putih” dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil... walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails