Friday, November 25, 2011

Anwar terus burukkan Malaysia



Setelah isu Air di Kelantan dimainkan hampir satu minggu berturut-turut dengan berbagai kisah tentang masaalah air di Kelantan yang kelihatan gagal memperbodohkan rakyat Kelantan (baca di SINI), Lidah Rasmi UMNO kembali menghalakan serangannya terhadap DS Anwar Ibrahim.


Aku yakin isu yang dimulakan oleh Utusan ini akan disambung pula oleh TV3 dalam Buletin Utama malam ini.

Kemudiannya pula katak-katak terutamanya si Zul Nordin dan Zahrain yang telah melompat keluar dari PKR akan di tanyakan pendapat mereka pula dan peluang ini akan digunakan sebaiknya untuk menghentam Anwar.

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim pula akan berkata “bukankah saya suda berkata pemimpin-pemimpin pembangkang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini, sebab itulah pasukan Malaysia diberikan layanan buruk pada Sukan SEA ke-26 lalu. – sepenuhnya sila baca di SINI

PERKASA akan mengadakan siri demonstrasi mengutuk Anwar Ibrahim, dan dalam setiap ceramah yang dihadiri oleh Anwar provokasi atau bantahan akan dilakukan oleh ahli-ahli PERKASA..

Pasti akan ada pula sekumpulan manusia yang diupah RM50 dan sehelai ‘T’Shirt akan mengadakan demonstrasi di Masjid-masjid mendesak kerakyatan Anwar dilucut kerana tidak patriotik..

Laporan Polis pula akan mula dibuat oleh NGOk-NGOk yang bakal tumbuh bagai cendawan selepas hujan…

Polis dengan segera akan menyiasat..

Tujuan utamanya selain dari memperbodohkan orang-orang yang tak punya capaian internet ialah untuk memusnahkan keyakinan rakyat terhadap kredibiliti Anwar.. bukankah hari itu Survey dah kata Anwar tak popular jika dibandingkan dengan Najib (baca di SINI), kenapa masih takut?


**********************************

Anwar terus burukkan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.

Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.

Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.

‘‘Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.

‘‘Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),’’ katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.

Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.

Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

‘‘Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

‘‘Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.

Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails