Friday, November 4, 2011

Akhbar Australia buat pembetulan



Macam pernah aku dengar cerita macam ni.. siarkan kemudian tarik balik.. menariknya pembetulan dibuat setelah Najib menafikan semalam.


Surat khabar dari Indonesia yang buat laporan pasal cincin hari itu pun macam ni jugak... lapor kemudian tarik balik.

Website Bangladesh yang menyiarkan kenyataan PM Bangladesh menggalakkan rakyatnya menjadi warga negara Malaysia pun sama..

Hairan jugak aku pasal apa media-media ini melaporkan yang buruk tentang Najib..

Akhbar Australia buat pembetulan

Akhbar Australia The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar.

"The West Australian sedar perkara ini tidak benar dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada waktu itu," ralat yang diterbitkan hari ini dipetik.

Perdana menteri semalam menjelaskan perkara yang sama di Twitter dan berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan itu.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Laporan bertajuk "Delegates go shopping and sightseeing" (perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar) dipetik meluas di blog dan Facebook, termasuk dalam akhbar web rasmi PKR Keadilandaily.

Akhbar itu melaporkan, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah itu diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat yang ketat.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails