Tuesday, November 29, 2011

Ahmad Maslan macam Hitler, ‘lidah bercabang’ dan... bodoh?



KUALA LUMPUR, 29 Nov — Pakatan Rakyat menyifatkan Umno kini bertindak seolah-olah macam Hilter dan “lidah bercabang” apabila Ketua Penerangannya mendakwa orang Melayu akan hilang segala kuasa jika perikatan tiga tahun itu memenangi jika banyak kerusi dalam pilihan raya umum ke-13.


Dalam kenyaatan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Justeru, Setiausaja Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu The Malaysian Insider, kenyataan dibuat oleh pemimpin Umno itu berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

“Ini serupa dengan (kenyataan) Hitler mengenai ancaman orang Yahudi dan musuh-musuh dalaman (di Jerman),” kata Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dengan merujuk kepda Adolf Hitler yang mengetuai Jerman ketika era Perang Dunia Kedua.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

Mengulas kenyataan itu, Lim mendakwa Umno seolah-olah mahu memainkan peranan McCarthy yang baru, merujuk kepada bekas senator Amerika Syarikat Joseph McCarthy, pemimpin antikomunis pada era 1950-an.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menegaskan kenyataan Ahmad pagi tadi menunjukkan Umno masih dibayangi agenda rasis dan meneruskan budaya menyebarkan ketakutan di kalangan orang Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Kami akan bekerja keras untuk mendapatkan majoriti di Parlimen,” kata beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan Ahmad yang juga timbalan menteri dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak sangat jelas mahu terus mengumpan PAS selepas berkali-kali gagal menawan parti Islam itu.

“Ini yang dikatakan kenyataan lidah bercadang. Bagaimana mereka hendak kata hendak mengenai kedudukan MCA, MIC dan Gerakan (dalam Barisan Nasional)?” kata beliau dengan menyifatkannya sebagai pendirian ketika menghampiri garisan akhir.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata parti pemerintah peringkat pusat ini sudah keliru dengan aspirasi progresif seperti Datuk Seri Najib Razak, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

“Saya sudah pasti mereka (Khairy dan Saifuddin) sedang menyumpah beliau sekarang,” kata beliau.

Bekas Menteri Besari Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, yang kerajaan negeri pimpinannya tumbang dua tahun lalu berkata, kenyataan Ahmad itu sebenarnya mahu mencetuskan kebimbangan di kalangan orang Melayu meskipun Lim sudah pun mengatakan bahawa mustahil bagi “seorang Cina menjadi perdana menteri.”


The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails