Wednesday, November 16, 2011

Adik Najib dapat Projek lagi??



Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.


Sedikit berkenaan Tricubes Bhd..

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).

Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Sepenuhnya artikel mengenai Tricubes korang bacalah di (SINI)


******************************

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails