Wednesday, November 16, 2011

2 letupan cemari ceramah Anwar di Johor..

Kan survey dah kata.. Anwar tidaklah sepopular Najib.. tapi kenapa masih takut dengan Anwar ni?? Biarlah dia nak bercakap..

Ceramah Anwar yang berlangsung di bandar Batu Pahat Johor semalam telah dikejutkan dengan dua letupan kuat mercun yang dipercayai bertujuan untuk halang Anwar dari berucap..

Satu letupan berlaku ketika Zulkifli Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor sedang berucap.., manakala satu lagi meletup berdepan dengan pentas yang turut sama diduduki Chua Jui Meng..


Letupan kuat itu telah membuatkan hadirin yang dianggarkan seramai 200 orang telah lari bertempiaran.. Tiada kecederaan dilaporkan berlaku..

Yang menariknya, pihak penganjur ceramah serta ramai Unit Amal PAS mendakwa mereka gagal menangkap siapa yang bertanggung jawab melakukan perbuatan membaling mercun tersebut..

Anwar yang berang dengan kejadian ini berkata, pihaknya berasa pelik kerana sebelum ini kehadirannya ke Johor menghadapi pelbagai halangan..

Sedangkan ujarnya kehadiran itu bertujuan memberi penerangan dan penjelasan sebaliknya bukan untuk menjatuhkan aib pemimpin Barisan Nasional.

”Saya nak pergi Rengit (berceramah) dihalang. Adakah saya bawa peluru berpandu. Bukan nak pergi perang!” soalnya lagi.


UtaraNews

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails