Monday, November 14, 2011

180 ahli PKR masuk UMNO, Cabang Petaling Jaya Selatan dibubar?



Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari yang sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR berkata beliau sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.


Sejak bila pula Naib Ketua Cabang PKR boleh membubarkan Cabang ni??

Menurut perlembagaan PKR, Naib Ketua Cabang atapun Ketua Cabang sendiri tidak mempunyai sebarang hak untuk membubarkan Cabang mereka… Ini kerana PKR adalah milik Ahli bukannya milik pemipin.

Bagi membubarkan sesebuah Cabang, satu mesyuarat Agung Khas perlu diadakan dan dalam Mesyuarat Agung Khas tersebut sekurang-kurangnya 2/3 dari jumlah Ahli Cabang berkenaan hadir.

Dalam mesyuarat itu, samada undi tidak percaya kepada Ketua Cabang dikemukakan ataupun undi bagi membubarkan Cabang dibuat.

Bagi membubarkan Cabang sekurang-kurangnya ianya dipersetujui oleh 2/3 Ahli atau minima 50 orang Ahli dalam mesyuarat tersebut.

Jadi bagaimana pula Suhaimi Saari yang menjawat jawatan Naib Ketua Cabang boleh mengistiharkan beliau telah membubarkan Cabang Petaling Jaya Selatan?

Nak bohong tu agak-agak la sedara...


*******************************

180 ahli PKR masuk Umno

BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubu-han dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputu-san meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails